Thursday, October 29, 2015
Puteri Bakal Anjur Asean Young Women Leadership Conference 2015 Pada 8-10 Nov ini
KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk
Mas Ermieyati Samsuddin berkata, bagi menggalakkan perpaduan dan
kerjasama antara pemimpin-pemimpin wanita muda di semua Negara Asean,
maka buat julung kalinya, pergerakan tersebut melalui Biro Antarabangsa
& IPT, akan menganjurkan program Asean Young Women Leadership
Conference 2015 (AYWLC2015) pada 8-10 November ini.
Program yang diadakan dengan kerjasama Malaysia Young Future
Aspirations (MYFaR) ini dirangka untuk menggalakkan perpaduan dan
kerjasama di antara pemimpin wanita muda di kesemua 10 negara Asean.
Ujar Mas Ermieyati, program ini bakal dihadiri oleh 500 orang peserta
yang terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 ke 35 tahun
berlatarbelakangkan pemimpin pelajar, ahli politik, usahawan muda,
aktivis sosial dan juga yang mengetuai agensi-agensi kerajaan dan
korporat.
“Program ini akan menjadi satu platform untuk wanita muda bertukar-tukar fikiran merentasi sempadan.
“Ia juga bakal merangsang membuka minda golongan wanita muda ini
untuk melihat tadbir urus kerajaan yang lebih efektif dan responsif,
standard kehidupan yang lebih baik, pengupayaan golongan wanita muda
meningkat dan seterusnya menawarkan peluang kehidupan lebih baik.
“Program ini juga bakal mengetengahkan tiga topik menarik iaitu
politik, ekonomi dan sosio-budaya dengan manampilkan ikon-ikon serantau
yang telah berjaya dalam bidang masing-masing,” ujarnya dalam sidang
media pra pelancaran conference ini sebentar tadi.
Tambah beliau, program ini juga dirancang sempena dengan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka bakal
merasmikan majlis penutup program ini pada 10 November nanti.
Antara ikon-ikon yang bakal menyertai program ini adalah Sociologist
Universiti Malaysia, Dr. Noor Sulastry Yurni dan Ahli Politik dan
personaliti televisyen Venezuela, Shalani Soledad.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment