Wednesday, October 28, 2015
Pemerintahan Najib Lebih Baik Dari Mahathir
Corak pengurusan dan pemerintahan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pemerintahan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang 22 tahun itu.
Hal ini dipersetujui oleh Panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Menurut Aziz, Malaysia
berada dalam keadaan bertambah baik dan dipenuhi dengan lambakkan
infraskutur dan kemudahan jika dibandingkan dengan zaman Mahathir.
Tambahnya lagi, sepanjang pemerintahan Najib, rakyat dalam dihat bahawa
kejayaan pemerintahannya telah memberi nafas baru kepada negara dan
memberi ruang kebebasan yang luas. Tidak seperti di zaman pemerintahan
Mahathir yang menggunakan kaedah “regim menekan”.
Abdul Aziz menjelaskan mengenai kebebasan rakyat untuk bersuara nak
menunjuk perasaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Seperti
demonstrasi yang diadakan di kawasan Dataran Merdeka. Ribuan rakyat
berkumpul untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap
kepimpinan negara.
"Ketika anda tiba, ada demonstrasi jalanan. Itu tidak akan dapat dilihat ketika zaman Dr Mahathir.
"Akan ada meriam air, polis dengan pakaian rusuhan. Jadi bagi saya, dari
segi pencapaian, ini adalah kejayaannya," katanya, merujuk kepada
demonstrasi Bersih 4 hujung bulan lalu.
Senario ini kita tidak akan dalam lihat semasa pemerintahan Mahathir,
kerana bekas perdana menteri itu hanya tahu gunakan kekerasan dan
menyalahgunakan undang-undang sebagai senjata untuk menutup setiap mulut
yang menentang pentadbirannya.
Mungkin Mahathir sudah lupa kekejaman yang pernah dilakukannya, sebab tu
dia merasakan bahawa dirinya lebih mulia dan hebat dari orang lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment