Friday, October 30, 2015
Singapura, Malaysia Ikrar Hubungan Dua Hala
SINGAPURA : Malaysia dan Singapura telah menzahirkan ikrar semula
mengenai hubungan dua hala yang istimewa antara kedua-dua negara.
Penzahiran itu dibuat dalam pertemuan antara Menteri Luar republik
itu, Dr Vivian Balakrishnan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak di Kuala Lumpur pada Khamis.
Balakrishnan, yang kini berada di Malaysia untuk lawatan dua hari mengunjungi Najib di Bangunan Parlimen pagi semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar di
sini, mereka mengalu-alukan kerjasama rapat antara kedua-dua negara dan
kemajuan menggalakkan yang dicapai dalam beberapa projek dua hala
termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura dan Rapid Transit
System.
Balakrishnan juga mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.
Balakrishnan memuji Malaysia atas kepimpinannya sebagai Pengerusi
ASEAN dan melahirkan komitmen Singapura untuk bekerjasama rapat dengan
Malaysia untuk memastikan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN pada November
ini.
Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembagan terkini termasuk
keperluan untuk bekerjasama memerangi keganasan, menangani isu
keselamatan serantau dan jerebu rentas sempadan.
Balakrishnan juga menemui menteri Kabinet yang lain termasuk Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Azalina Othman.
Beliau juga menemui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan
dalam pertemuan itu, mereka bersetuju bahawa adalah penting untuk
menjalin hubungan erat antara pemimpin dan belia dari kedua-dua negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment