Thursday, October 29, 2015
PAS Sanggup Kerjasama Dengan 'Musuh'.... Pelik Jugak Memikirkannya
KOTA BHARU : PAS akan bekerjasama walaupun dengan 'musuh' selagi berada dalam lingkungan prinsip Islam.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, tidak menjadi satu
kesalahan untuk bekerjasama dalam platform tunggal yang akan membawa
kebaikan kepada rakyat.
"Tetapi jangan salah faham...usaha kita untuk menjatuhkan kerajaan BN
masih berterusan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco
kerajaan negeri di sini, Rabu.
Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan Kelantan bekerjasama untuk memenuhi keperluan mangsa banjir Disember lalu.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan presiden parti
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa bahawa PAS bersedia untuk
bertemu dan bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata, langkah itu bukan ke arah membentuk
kerajaan perpaduan kerana kerjasama antara parti itu dan kerajaan
Persekutuan sebelum ini telah wujud.
Menjawab soalan tidak berkaitan, Ahmad berkata, kerajaan Kelantan
membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan
bahawa 4,500 hektar hutan telah diberikan kepada kroni PAS.
"SPRM boleh menyiasat perkara itu, kita tiada apa yang hendak disembunyikan," katanya.
Seorang individu bernama Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada SPRM,
mendakwa salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin PAS tertentu dan
kerajaan Kelantan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment