Thursday, October 29, 2015
Kelakuan Pembangkang di Dewan Rakyat Adalah Paling Mulia dan Sopan.. - Khalid Samad
Pakatan Harapan mendakwa bahawa perbuatan mengangkat sepanduk atau
plakad yang tertera tulisan ‘Mana 2.6 Bilion?” di dalam Dewan Rakyat
adalah satu perbuatan yang paling mulia dan teramat sopan santun yang
pernah dilakukan oleh mereka.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata mereka tidak merasa bahawa
perbuatan mereka itu adalah salah dan tidak beradab seperti dakwaan
presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tambah wakil rakyat Parti
Amanah Negara (Amanah) pula, syukurlah mereka tidak membaling kasut,
kerusi atau apa saja seperti yang berlaku di Eropah sebagai tanda
protes.
"Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.
"Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," katanya.
Walaupun mereka tidak membaling kasut tapi perbuatan mereka tetap
dianggap sebagai menghina kehormatan Dewan Rakyat. Bukan itu sahaja,
perbuatan mereka juga dilihat seperti tidak menghormati Datuk Seri Najib
Razak yang baru selesai membuat pembentangan Bajet 2016.
Perbuatan pembangkang ini bukan sahaja tidak beradap tetapi mereka juga
dilihat seperti tidak bertamadun. Apa salahnya jika membangkang secara
elok dan beradap dan bukannya dengan cara permainan budak tadika ini.
Mungkin bagi mereka itu adalah perbuatan paling sopan santun, iyela
sopan santun bagi seseorang yang berperangai kurang ajar macam
pembangkang. Sudah la tidak beradap lepas tu ajak pulak orang lain untuk
turut serta dengan perangai tak senonoh mereka.
Katanya selagi speaker tidak membuat larangan dan bantahan selagi itu mereka akan teruskan. Sudah tidak betul agaknya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment