Thursday, October 29, 2015
Debat : Cadangan Arul Bukti Dia Professional Bukan Main Politik
Dari segi politiknya, CEO 1MDB Arul
Kandasamy melakukan ‘kesilapan politik’ bila memberi syarat kepada Ahli
Parlimen DAP, Tony Pua untuk berdebat dimana dia meminta Tony letak
jawatan dulu sebagai ahli PAC sebelum boleh berdebat. Silapnya tu ialah
bila orang baca, Tony tak letak syarat, Arul pulak letak syarat.
Semua orang politik tahu permainan yang
semacam ini. Jadi kalau ada cara lain, pilihlah cara lain itu, jangan
sesekali letak syarat.
Begitupun disinilah kelebihan Arul – dia
bukan ahli politik, dia seorang professional. Dari pandangan
preofessional, tidak seharusnya seorang ahli PAC seperti Tony yang akan
mengadili 1MDB, berdebat ketika prosiding sedang berjalan.
Jadi syarat yang diletakkan oleh Arul
agar Tony melepaskan jawatannya dulu dalam PAC sebelum debat boleh
diadakan adalah betul dalam konteks Arul sebagai seorang professional
perniagaan. Dia mana tahu dan peduli dengan game politik, bukan dia
cari makan dengan politik.
Beza dengan Tony. Hidupnya 24 jam ialah
berpolitik dan macam mana nak spin keadaan supaya macam mana buruk pun
DAP, akan tetap di nampak baik. Dalam politik, hitam boleh jadi putih,
putih boleh jadi hitam, bergantung kepada persepsi, bukan realiti.
Beza
dengan professional macam Arul. Rugi, rugilah, untung, untunglah, mana
ada diantaranya.
Tak bolehlah Tony menyamakan Arul macam
ahli politik apabila menyifatkan cadangan agar dia melepaskan jawatan
itu sebagai tidak masuk akal. Logiklah cadangan tu dari sudut pandang
seorang profesional kan. Orang yang tak professional pun pandang
cadangan seperti itu masuk akal.
Justeru, kalau soalnya rakyat, kalau
soalnya nak mencari kebenaran dalam isu 1MDB ini, Tony tidak seharusnya
mempunyai sebarang masalah untuk melepaskan jawatannya itu dan berdebat
dengan Arul.
Lagipun, Tony banyak sangat cakap ni,
semua pun sebelah pihak saja. Bila ada peluang untuk persoalannya
dijawab, kenapa nak lepaskan? Lainlah kalau Tony bukan nak cari jawapan
tapi semata-mata untung politik.
Kalau itu sebabnya, memang patut Tony cari atau cipta apa juga alasan untuk tidak berdebat dengan Arul secara langsung di TV.
Terfikir juga penulis, yang Tony minta
debat secara langsung di TV ni bukan syarat juga ke? Jadi kalau nak di
debat dari sudut itu maka adillah Tony letak syarat, Arul pun letak
syarat, tapi kenapa syarat Arul saja yang jadi isu?
Untunglah bila ramai orang bodoh jadi penyokong.....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment