Thursday, October 29, 2015
Azmin Lulus Tiga Projek Lebuh Raya Tanpa Beritahu PKR... Rupa-Rupanya Ada Agenda Nak Burukkan BN
Rakyat akan kata Barisan Nasional yang naikkan TOL... rupa-rupa kerajaan Selangor yang pulun duit TOL.
KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan
meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menjelaskan dakwaan beliau
meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada
parti.
"Jumaat ini kita ada perbincangan bajet Selangor. Saya akan minta
penjelasan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Azmin secara unilateral, alasan yang
sama yang menyebabkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim digugurkan.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli Isnin lalu berkata, Azmin akan
dipanggil bagi memberi penjelasan bahawa beliau bertindak secara
unilateral dalam meluluskan projel Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang
(SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya
Lembah Klang Timur ( EKVE).
"Saya tidak tahu dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tetapi saya
akan bangkitkan perkara itu pada mesyuarat dalaman kami untuk
mendapatkan pengesahan daripada menteri besar sama ada beliau beri
kelulusan," kata Rafizi yang dipetik oleh beberapa media.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment