Thursday, October 29, 2015
Saya Akan Pertahankan Muhyiddin, Kata Nazri Aziz
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tetinggi UMNO, Datuk
Seri Nazri Abdul Aziz berikrar akan melakukan apa saja untuk mengekalkan
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti itu sehingga
pemilihan akan datang, lapor beberapa portal media.
Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dilaporkan berkata
UMNO harus berjiwa besar untuk membenarkan perbezaan pendapat di
kalangan ahli-ahlinya.
“Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30
Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya
akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung.
“Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun
depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat
yang berbeza,” Nazri dipetik sebagai berkata.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Muhyiddin harus dibiarkan
kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang.
“Biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian,
saya akan minta Zahid (Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)
untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah,” katanya.
Bagaimanapun Nazri mengakui beliau tidak mengetahui mengenai dakwaan Muhyiddin bakal dikenakan tindakan dalam masa terdekat.
Sementara itu portal The Malaysian Insider melaporkan UMNO akan
menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung parti itu pada Disember
depan.
Ia ekoran serangan berterusan Muhyiddin terhadap Perdana Menteri yang
juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi
syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) dan isu wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun
peribadi Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment