Wednesday, October 28, 2015

Pengharaman Rokok Elektronik Masih Dibincangkan

rokok elektronik
KUALA LUMPUR : Cadangan pengharaman rokok elektronik  masih belum diputuskan dan sehingga kini, penjualan dan penggunaannya tidak dihalang.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai hukum tersebut kerana belum ada undang-undang khusus mengenainya.

“Setakat ini tak ada lagi undang-undang diputuskan,” katanya.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/05/Dr-Hilmi-Yahaya1.jpg
Bagaimanapun, beliau menjelaskan kementerian akan mengadakan perjumpaan bersama pihak-pihak berkepentingan bagi membincangkan isu itu sebelum akta baharu berkaitan perkara tersebut dirangka.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat sebagai usaha mengelak risiko lebih buruk berlaku kepada kesihatan penggunanya.

Walaubagaimnapun Dr Hilmi berkata, kementerian kini sedang mengambilkira aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diaplikasi bagi penambahbaikan akta sedia ada supaya tindakan pengharaman boleh dilaksanakan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment