Thursday, October 29, 2015
JASA : Muhyiddin Berbohong Isu 1MDB
KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai 1MDB
dalam sesi dialog di Johor Bahru pada Sabtu lalu.
Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz berkata,
antara pembohongan yang dibuat oleh Muhyiddin adalah mengenai dakwaan
kononya Presiden 1MDB Arul Kanda hanya bercakap kepada kabinet selama 10
hingga 15 minit tanpa membawa sebarang kertas pembentangan.
“Fakta sebenar adalah, Arul telah diminta membentangkan mengenai
penilaian strategik termasuk soal penjualan aset dan pembayaran semula
hutang.
“Selepas pembentangan Arul, terdapat banyak soal jawab dan mengambil masa sekitar 45 minit,” katanya di laman Facebooknya.
Tun Faisal menambah, Muhyiddin juga telah berbohong mengenai suntikan RM950 juta kepada 1MDB.
Katanya, Muhyiddin telah menyelewengkan fakta itu kerana Kabinet tidak pernah meluluskannnya.
“Yang dipersetujui Kabinet adalah untuk menyediakan ‘standby credit’,
iaitu satu bentuk pinjaman jangka pendek yang berbeza sama sekali dengan
suntikan modal.
“Agak memalukan apabila Muhyiddin tidak boleh membezakan di antara ‘capital injection’ dan ‘standby credit’,” jelasnya.
Tun Faisal berkata kenyataan tidak benar mengenai 1MDB itu menyerlahkan sikap buruk Muhyiddin dalam berpolitik.
“Bukan sahaja dia seorang yang banyak berbohong tetapi juga seorang yang
ibarat ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’ kerana di hadapan cakap
lain di belakang cakap lain.
“Mungkin Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri-menteri boleh
menjelaskan adakah Muhyiddin benar-benar berani bersuara dalam mesyuarat
Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi atau Muhyiddin tidak berani
bercakap dalam mesyuarat, hanya berani bercakap bila yang lain
tiada?,”katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment