Thursday, October 29, 2015

Indonesia Mahu Negara Lain Contohi Kebaikan Perdana Menteri Malaysia

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Indonesia agar membina telaga tiub di negara itu bagi mencegah kebakaran hutan secara terbuka yang menyebabkan jerebu berlaku dirantau ini, telah disambut baik oleh Indonesia.

Disebabkan itu juga, Indonesia mahu negara jirannya yang dilanda jerebu ekoran pembakaran hutan mencontohi tindakan Najib yang mencadangkan langkah proaktif berbanding melemparkan kritikan.

Menurut Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, beliau berterima kasih dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia itu, dan untuk pengetahuan negara jiran, Indonesia telah berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku sehingga menyebabkan jerebu itu.

"Indonesia berterima kasih dengan Pak Najib dan semua... secara formal ada persetujuan di peringkat ASEAN tentang kebakaran hutan dan ladang... dan kalau perlu diatasi bersama, Indonesia berterima kasih atas usaha bersama-sama.

"Indonesia telah berusaha dengan menggunakan 20 pesawat batalion tentera dan rakyat awam," kata Jusuf Kalla.

Dalam masa sama, Jusuf berkata, jerebu yang melanda negara jiran bukanlah disebabkan kerajaan negara itu, sebaliknya disebabkan faktor angin yang membawa jerebu tersebut ke negara jiran.

Katanya, Indonesia tidak dapat mengawal pergerakan jerebu yang melanda Singapura dan Malaysia, tetapi faktor angin menyebabkan jerebu dibawa ke sana.

Oleh itu, beliau berharap negara-negara jiran Indonesia dapat membantu bagi mengatasi masalah jerebu yang telah menjejaskan beberapa negara agar ia tidak berulang kembali.
 
"Soal jerebu bagi Indonesia sangat menyulitkan kerana penduduk yang kena banyak di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia. Kita tidak boleh kawal angin, alam yang kawal angin dan membawa asap sampai ke Singapura dan Malaysia.

"Kalau jiran kita dapat menikamati sama-sama yang baik kita menikmati yang sulit sama-sama kena. Kalau udara bagus... Malaysia juga menikmati dari hutan Indonesia dan kalau ada asap apa boleh buat. Maka kita bekerjasama dalam kebaikan dan mengatasi yang susah," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment