Wednesday, October 28, 2015
Vape Mungkin Diharamkan Dalam Masa Terdekat
KUALA LUMPUR : Kerajaan dalam usaha untuk mengharamkan rokok
elektronik atau vape dalam masa terdekat supaya penggunaannya tidak
mengundang risiko lebih buruk kepada kesihatan.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, pada masa
ini kementeriannya sedang meneliti dari sudut undang-undang untuk
mengguna pakai pelbagai akta sedia ada bagi membolehkan tindakan
tersebut dilaksanakan.
“Kita sedang melihat dari sudut undang-undang bagaimana langkah itu boleh dilaksanakan.
“Kita menjangkakan pelbagai akta boleh diguna pakai di bawah
kementerian-kementerian tertentu dan kita akan pilih akta yang
bersesuaian.
“Kita perlu menghentikan penggunaannya sebelum ia menjadi masalah besar,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Laporan khas Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan ada pihak
tidak bertanggungjawab mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi
memenuhi permintaan segelintir penghisap rokok elektronik.
Berikutan kes itu, pelbagai pihak menggesa pihak berkuasa
mengharamkan penggunaannya kerana didapati mengandungi bahan kimia yang
boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Pakar kesihatan turut mengakui penggunaan rokok elektronik adalah
berbahaya disebabkan kandungan nikotin yang terkandung di dalam
cecairnya.
Selain itu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan vape sebagai haram.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment