Thursday, October 29, 2015
Najib Saman Dr Ling Kerana Fitnah.... Padan Mukanya Saman Je Terus !!!
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas
menteri kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan memfitnah.
Perdana Menteri memfailkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu melalui
Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, demikian menurut sumber.
Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.
Pada Rabu Dr Ling berkata beliau "sabar menunggu" untuk dikenakan
tindakan undang-undang daripada Najib berhubung kenyataan yang dibuatnya
sebelum ini.
"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Dr Ling.
Sebelum ini bekas Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA itu menerima
surat tuntutan daripada wakil peguam Najib yang menuntut beliau memohon
maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur daripada gesaanya supaya
Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan
dirinya di mahkamah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment