Thursday, October 29, 2015
Buruknya Perangai..... 607,842 Peminjam Tidak Pernah Bayar PTPTN
KUALA LUMPUR : Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang
bayaran balik pinjaman tersebut.
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata keengganan bayaran
balik pinjaman itu melibatkan pinjaman kira-kira RM4.9 bilion.
"Jumlah peminjam keseluruhan adalah 2.37 juta orang dengan jumlah
keseluruhan RM53.66 bilion sehingga tamat tempoh pembelajaran. Lebih 1.8
juta peminjam sepatutnya sudah mula membuat bayaran balik dengan jumlah
keseluruhan sebanyak RM14.65 bilion.
"Kita telah berjaya mengutip sebanyak RM6.71 bilion iaitu 45.8 peratus
daripada hampir 1.2 juta iaitu 66 peratus peminjam," katanya di lobi
Parlimen, di sini hari ini.
Shamsul menyuarakan kekecewaanya dengan tindakan sesetengah individu
yang bersikap mementingkan diri dalam memberikan sokongan padu kepada
PTPTN dalam kempen mengutip semula pinjaman terutama peminjam tegar yang
tidak pernah membuat sebarang pembayaran semula sehingga hari ini.
"Oleh itu, tunjuk sokongan terhadap PTPTN untuk membuat penguatkuasaan,
mengambil tindakan-tindakan yang telah termaktub dalam Akta PTPTN kerana
kita tidak akan melakukan apa-apa kalau ia adalah di luar daripada
undang-undang yang ada.
"Jadi bila kita sudah buat penguatkuasaan, alhamdulillah kita berjaya mendapat semula kutipan yang agak tinggi," katanya.
Beliau pada masa sama menafikan dakwaan kononnya pemotongan peruntukan
pada Bajet 2016 akan mengurangkan jumlah peminjam dan pinjaman yang
diterima.
"Peruntukan dalam bajet tiada kaitan dengan pinjaman yang akan kita
bagi. Kita ada peruntukan terutama menerusi kutipan semula pinjaman.
Sebab itu saya kata, peminjam perlu membayar semula supaya kita boleh
bagi kepada bakal peminjam," katanya.
Justeru, beliau berharap peminjam PTPTN tegar supaya membuat bayaran demi kelangsungan bakal peminjam yang lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment