Wednesday, October 28, 2015
Tarian Zikir Kini Diharamkan di Perlis
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengharam sebarang bentuk tarian atau
joget bagi tujuan berzikir di seluruh kawasan negeri Perlis. Perkara ini
diputuskan kerana sekarang ini negara telah dilanda wabak tarian zikir
dan sudah ada sesetengah kawasan di negara ini telah terjebak dengan
aktiviti tidak sihat itu.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wabak perbuatan
menari bagi tujuan untuk berzikir itu adalah bercanggah dalam Islam dan
terpesong dari nas-nas Syarak. Dalam Islam juga tidak mengajar umatnya
untuk menari hanya untuk menzahirkan zikir tersebut.
Pengsyariatkan zikir itu sendiri adalah amat penting dan tidak perlu
sehingga melakukan perbuatan menari atau berjoget. Sebaliknya berzikir
adalah lebih afdal jika dilakukan dalam keadaan tenang supaya kita lebih
khusyuk dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.
“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah
dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan
khusyuk dan tenang.
“Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti
takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian
Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain
telah ditafsirkan secara salah,” Katanya.
Sepanjang pemerhatian, video-video yang memaparkan perbuatan menari
semasa berzikir yang kini tersebar ecara meluas di laman sosial sekarang
ni boleh dirumuskan sebagai ajaran sesat. Ini kerana bukan sahaja
perbuatan mereka itu mencurigakan, tetapi ada sesetengah ayat dalam
zikir tersebut juga telah diubah dan lari dari maksud yang sebenar.
Jika kita terpengaruh dengan perbuatan ini, jadi tidak mustahil jika
akidah kita juga akan turut terpesong. Namun begitu, pergerakan spontan
ketika berzikir tidak dilarat tetapi janganlah secara berlebihan.
Berzikir ketika melakukan perbuatan seharian juga tidak dilarang.
“Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir
sebagai ibadat dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan.
Berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik digalakkan,” kata lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment