Wednesday, October 28, 2015
Pakatan Harapan Anggap PAS Cakap Tak Serupa Bikin
Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan melakukan
protes secara tidak sopan seperti menayangkan plakad di Dewan Rakyat,
disindir pemimpin- pemimpin Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke berkata, kenyataan Hadi itu
tidak selari dengan tindakan parti Islam itu sendiri sebelum ini.
Dalam erti kata lain, cakap tidak serupa bikin.
Beliau berkata, PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, ketika masih
berada dalam Pakatan Rakyat, turut menyokong protes plakad anti cukai
barangan dan perkhidmatan (GST).
“Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang plakad membantah pelaksanaan GST.
“Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan),
tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian,” katanya.
Loke yang mempertahankan tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang
menayang plakad ‘Mana RM2.6 bilion’ di Dewan Rakyat, Jumaat lalu
menyifatkan tindakan itu sebagai satu cara yang kreatif dalam
menyampaikan mesej.
ANTHONY LOKE DAP
“Ini adalah cara paling kreatif, bukan tidak beradab,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Amanah Shah Alam Khalid Samad berikrar akan
meneruskan protes seumpama itu kerana perbuatan menayangkan plakad sudah
cukup beradab.
“Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.
“Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul
huru-hara,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Loke dan Ahli
Parlimen PKR Kuala Langat Abdullah Sani dan Ahli Parlimen PKR Tumpat
Datuk Kamaruddin Jaafar di lobi Parlimen, Selasa.
Kenyataan mereka beberapa jam selepas Hadi berkata, tindakan parti
pembangkang yang memegang plakad selepas Datuk Seri Najib Razak selesai
membuat pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu satu perbuatan tidak
sopan dan tidak wajar kerana ia hanya dilakukan peserta demonstrasi.
Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.
“Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.
“Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan
Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment