Wednesday, October 28, 2015
Kita Sokong 100%.... MENARIK... Bekas Timbalan Presiden PAS ganti Saifuddin Abdullah
Patah tumbuh hilang berganti... perletakan jawatan Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sebagai CEO Yayasan Pergerakan
Kesederhanaan Global (GMMF) baru-baru ini selepas masuK PKR tidak
menjejaskan langsung NGO tajaan kerajaan itu.
Ini berita mungkin akan buat puak sebelah sana tidak senang duduk. Bekas
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini didakwa
sebagai pemimpin pro 'Kerajaan Perpaduan' dinamakan sebagai penganti
Saifuddin bermula 1 November ini.
Lantikan itu diumum Pengerusi GMMF Tan Sri Razali Ismail menerusi satu kenyataan pagi Rabu.
Juga perlantikkan ini sudah pasti menarik minat pemerhati politik
mengenai 'move-move' yang dibuat oleh kedua-dua pihak UMNO dan PAS untuk
menumpulkan persaiangan dua parti Melayu-Islam terbesar Malaysia itu.
Untuk rekod, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pada Selasa di lobi
Parlimen memberitahu PAS sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan
Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat
sebagai keutamaan.
“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu
berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri
yang tak hadir ke Parlimen.“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang
baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah
pendekatan baru yang kita ambil,” kata Hadi.
Nasharudin yang masih ahli tetapi tidak aktif dalam PAS merupakan
Pengerusi Yayasan Nassar, fellow di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM) dan ahli Majlis Perhubungan Cina Islam (CICR).
"Beliau merupakan bekas Timbalan Presiden PAS dari 2005-2011, Ahli
Parlimen Yan, Kedah dari 1999-2004, dan Bachok, Kelantan 2008-2013.
Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi (Malaysia) Persatuan Parlimen
Komanwel selama dua penggal," kata Razali.
Pengumuman itu disahkan oleh Nasharudin kepada Agendadaily.
"Saya akan ulas petang nanti..." katanya.
Nasharudin merupakan lulusan Universiti Jordan dalam Perundangan Islam,
beliau menamatkan Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan di Malaysia.
Sebelum memasuki politik, beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Dengan pelantikan Nasharudin Mat Isa, yang GMMF yakin dalam meneruskan
usaha untuk mengukuhkan perkaitan dan penggunaan kesederhanaan dalam
dasar luar dan dalam konteks negara ini.
"Yayasan akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam
merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai Pergerakan
Kesederhanaan Global," kata Razali mengulas mengenai perlantikan
Nasharudin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment