Wednesday, October 28, 2015
Alhamdulilah.... PAS Akan Bekerjasama Dengan UMNO Demi Kepentingan Rakyat
PAS akan bekerjasama dengan UMNO hanya dalam hal kebaikan membabitkan kepentingan rakyat. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata dasar yang diamalkan
PAS adalah dasar Islamik yang diamalkan sejak daripada dahulu lagi.
“Secara umumnya kita boleh berbaik dengan mana-mana pihak termasuk Umno dalam hal kebaikan membabitkan rakyat.
“Sebagai contoh, dalam hal bantuan kepada mangsa banjir dan kita boleh
berkompromi. Dan dalam hal ini kita tidak membabitkan kerjasama politik.
Itu adalah hal yang berasingan,” katanya ditemui selepas Mesyuarat Exco
Kerajaan Negeri, di Kota Bharu pada Rabu.
Ujarnya, surah al-Quran juga ada mengatakan “Hendaklah kamu berkerjasama
dalam perkara yang boleh membawa kebaikan, ketakwaan dan jangan
sesekali kamu berkerjasama dalam perkara yang boleh membawa kepada
keburukan, membawa dosa dan permusuhan.”
Katanya, ini dasar Islam, bukan dasar PAS malah sudah sekian lama diamalkan.
“Musuh ada batasnya… takkan musuh nak kerjasama dengan kita… Pada
pokoknya itulah maksud Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,”
katanya.
Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai ada tohmahan dilemparkan
pihak tertentu mengenai salah laku seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan
yang sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Ahmad Yakob berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkenaan
untuk membuat siasatan.
Katanya, jikalau perkara itu sudah dibawa ke SPRM, Kerajaan Negeri berharap siasatan rapi dijalankan.
“Kita sentiasa terbuka dalam isu ini. Sejak zaman Tok Guru Datuk Nik
Aziz Nik Mat kita memang membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk
membuat siasatan dan tidak berniat untuk melindungi sesiapa dan kita
adalah kerajaan yang penuh dengan integriti,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment