Berikut transkrip penuh daripada program bual
bicara bertajuk Bernama TV with Arul Kanda’ Berhubung 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) yang dihoskan Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua
Pengarang (Perkhidmatan Ekonomi), Mikhail Raj Abdullah.
1. Apa itu 1MDB?
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ialah sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan.
* Ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik dengan
wawasannya untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung
asing, di samping membuat sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.
* “Kita perlu faham model perniagaan dan struktur modal 1MDB. Apabila
ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan bahawa syarikat ini perlu membiayai
dirinya sendiri melalui hutang — pinjaman bank dan pasaran modal.
* “Alasan yang terdapat di sebaliknya ialah untuk mewujudkan disiplin
bahawa apabila anda berhutang, anda perlu membayar faedah dan pokoknya
serta tidak mengusik dana kerajaan bagi tujuan lain seperti sekolah,
hospital dan sebagainya.
* “Hutang itu akan digunakan untuk memperoleh aset dan hartanah berkualiti tinggi serta tenaga.
* 1MDB adalah pengeluar tenaga terbesar di Malaysia dan memiliki 13
loji tenaga di lima negara di seluruh dunia, yang menjana tenaga
berjumlah 5,500 MW. * IMDB juga memiliki plot tanah paling luas yang
terletak secara strategik di ibu negara.
2. CABARAN
* Terdapat ketidakpadanan dari segi aliran tunai yang dijana aset
jangka panjang ini berbanding keperluan jangka pendek bagi melunaskan
faedah dan sebahagian lagi untuk melunaskan pinjaman pokok apabila tiba
waktunya.
* Ia adalah ketidakpadanan yang melibatkan aliran tunai. Dan, untuk
menangani masalah ini, kerajaan mengambil langkah jelas untuk
melaksanakan pelan rasionalisasi bagi mengatasi ketidakpadanan aliran
tunai ini dengan menjual ekuiti dalam beberapa aset 1MDB bagi mengumpul
dana dan mengurangkan hutang.
3. BAGAIMANA HENDAK MEMBAYAR HUTANG?
* Jika anda lihat kepada projek seperti TRX, Bandar Malaysia,
penyatuan tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) berasingan di bawah Edra
Energy, ia semuanya merupakan projek strategik yang dirancang dan
dilaksanakan oleh 1MDB.
* Jadi, masalah yang kami hadapi hari ini ialah masalah yang sama
seperti yang dihadapi mana-mana perniagaan, iaitu ketidakpadanan aliran
tunai yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran.
* Bagaimanapun, apa yang penting ialah kami telah mengambil langkah
untuk memperbetulkan keadaan ini. Alhamdulillah, hari ini, ekuiti yang
ingin kami jual menarik minat ramai dan kami akan mencapai lebih banyak
kejayaan dari segi ini.
4. APA YANG AKAN TERJADI PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG?
* Dalam sektor tenaga, semua loji tenaga kami berjalan lancar. Kami
membeli loji tenaga sedia ada dan aliran tunai daripada Edra Energy
iaitu melalui pendapatan dan hasil yang dijana oleh loji ini berjumlah
hampir RM5 bilion setahun.
* Saya dengan sukacita ingin memberitahu anda bahawa pada tahun ini
sahaja, 1MDB menjual tanah di TRX bernilai kira-kira RM1.3 bilion.
* Jadi, kami adalah pemaju utama, kami membelanjakan hampir RM3
bilion untuk membina infrastruktur. Sekarang, kami membahagikan plot
tanah ini dan berjaya menjualnya.
* Kami telah menjual sebahagian besar plot tanah ini kepada Mulia
Group dari Indonesia, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji dan mengadakan
usaha sama dengan kumpulan hartanah dan infrastruktur, Lend Lease.
5. APA YANG TIDAK KENA DI PERINGKAT DALAMAN, ADAKAH WANG
ORANG RAMAI AKAN BERADA DALAM KEADAAN BAHAYA? (TITIK TOLAK
KETIDAKPADANAN)
* Mengenai ekuti langsung daripada kerajaan, jumlahnya ialah RM1
juta. Memang benar, pada awal tahun ini, sebagai sebahagian daripada
pelan rasionalisasi, 1MDB meminjam RM950 juta daripada kerajaan.
* Dalam pada itu, kerajaan menyediakan opsyen jaminan tertentu bagi
hutang kami. Perlu difahami bahawa, jika anda melihat jaminan itu, ia
adalah RM5.8 bilion, kemudian surat sokongan dan beberapa hutang lain
yang berjumlah kira-kira RM18 bilion.
* Dalam konteks Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak RM1.1
trilion, jumlah itu tidak sampai dua peratus. Dalam konteks hutang
kerajaan yang pada keseluruhannya berjumlah kira-kira RM630 bilion, ia
adalah kira-kira tiga peratus.
* Jadi, walaupun jumlahnya besar, ia masih dapat ditangani dan
melalui pelan rasionalisasi, kini kami dalam proses menjual ekuiti dalam
syarikat tenaga kami, Edra Energy.
* Kami sedang mencari rakan pembangunan untuk membeli ekuiti dalam *
Bandar Malaysia dan kami mempunyai ‘hutang untuk swap aset’ dengan IPIC.
* Jumlah keseluruhan ketiga-tiga transaksi ini boleh mencapai RM42
bilion hutang yang dapat dikurangkan atau dilangsaikan oleh 1MDB apabila
tiba masanya.
6. SAYA RAGU ANDA BOLEH MENDAPATKAN WANG. BOLEHKAH ANDA MENDAPAT HARGA
YANG BAIK BAGI PENJUALAN EKUITI IPP MEMANDANGKAN KONTRAK MEREKA AKAN
BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI?
* Sekiranya anda bertanya perkara itu kepada saya akhir bulan ini,
pada masa itu, kami akan dapat menyatakan kepada anda tentang hasil yng
kami perolehi daripada proses kami menjual Edra Energy.
* Tapi, ketika ini, kami boleh memberitahu anda bahawa terdapat 11
pihak yang berminat dan menyuarakan hasrat mereka untuk membeli ekuiti
dalam Edra Energy.
* Ketika ini, kami tumpukan kepada empat pihak dan daripada empat
pihak ini, tiga pembida telah mengemukakan cadangan akhir dan ikatan
mereka.
* Tenaga Nasional Bhd adalah satu daripada mereka dan dua lagi adalah entiti dari luar negara.
7. RANGKA MASA, TEMPOH UNTUK MENYELESAIKAN HUTNG ITU
*Sebahagian besar aset kami sebenarnya adalah aset jangka panjang,
lebih 80 peratus daripada hutang kami adalah berbentuk jangka panjang.
* Jadi, bahagian hutang jangka pendek boleh diurus melalui hasil
daripada penjualan Edra Energy, sebagai contohnya. Juga, apabila kami
mendapat rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia. Ideanya ialah pembelian
ekuiti dalam Bandar Malaysia akan menjana tunai untuk mengurangkan dan
mengurus hutang kami.
* Jadi, kami sangat yakin bahawa menjelang akhir 2015, kami akan
menandatangani tiga perjanjian; penjualan Edra; penjualan ekuiti kepada
rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia dan “hutang bagi swap aset”
dengan IPIC.
* Sudah tentu, seperti biasa, wang tunai akan datang dengan peredaran
masa. Mengenai perjanjian yang terikat dengan undang-undang pula,
itulah sasaran yang ingin kami capai menjelang akhir tahun ini.
* Peraturan yang terdapat di Malaysia ialah pembida dari luar negara
boleh memiliki hingga 49 peratus daripada loji tenaga tempatan. Kami
juga memiliki aset di luar negara dan perbincangan dengan pembida
berkenaan masih diteruskan.
8. BOLEH TERANGKAN LEBIH BANYAK LAGI KEPADA KAMI TENTANG TRX.
* TRX adalah propjek pembangunan menarik. Fasa pertama TRX akan siap
menjelang 2018, kami mempunyai syarikat hartanah kelas dunia untuk
membangunkan TRX.
* TRX mempunyai aliran MRT paling meluas, stesen terbesar MRT terdapat di KL.
9: TERDAPAT PERSEPSI BAHAWA ANDA DIBAWA MASUK UNTUK MENGATASI
KECELARUAN YANG ADA DAN MELINDUNGI SESEORANG. ADAKAH PERSEPSI INI
BENAR? BAGAIMANA KECELARUAN ITU BOLEH TERJADI?
* Sebenarnya, tiada apa yang disembunyikan dalam hal berkaitan 1MDB.
Malah, jika ada cubaan untuk berbuat demikian pun, ia mustahil dapat
dilakukan. Ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB iaitu
daripada BNM, AG, SPRM, PDRM dan PAC. Semua agensi ini diberi kerjasama
penuh untuk menjalankan siasatan secara bebas tentang apa yang berlaku
dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan dan kami bekerjasama penuh
dengan pihak berkuasa tempatan.
* Mengenai syarikat berkenaan (IPP), kita kena melihat beberapa langkah ke belakang.
* Untuk membeli bagi pihak kerajaan, yang sebelum ini dimiliki
individu tertentu, ia membawa kepada pentadbiran sebelum ini, iaitu IPP
asal. Kerajaan menimbang untuk menyatukan syarikat ini, menjadikannya
sebagai platform dengan harapan untuk merasionalisasikan tarif tenaga
pada masa akan datang.
* Mengenai hartanah pula, kerajaan bertindak sebagai perancang utama
dan menjual plot tanah dalam bidang strategik ini agar hasil daripada
penjualannya akan kembali kepada kerajaan melalui 1MDB, iaitu sebuah
syarikat milik 100 peratus kerajaan.
* Cabaran yang dihadapai syarikat ini selama ini ialah kelewatan
dalam melaksanakan IPO perniagaan tenaga. Kami dibiayai melalui hutang
dan hutang ini digunakan untuk membeli perniagaan tenaga serta plot
tanah.
* IPO sepatutnya bermula pada 2013, kemudian, cubaan kedua pada
November 2014. Melaksanakan IPO adalah sesuatu yang sangat sukar. Ia
menjadi titik tolak bagi keperluan melunaskan faedah dan pinjaman pokok
dalam jangka masa pendek yang terhalang kerana ketiadaan aliran tunai
oleh syarikat.
10: APA YANG ADA DALAM FIKIRAN ANDA JIKA DIBERI PELUANG MENYELESAIKAN MASALAH 1MDB?
* Realiti yang ada pada hari ini ialah kami berada di persimpangan
jalan dalam keadaan di mana terdapat keperluan untuk membayar hutang dan
keperluan untuk melabur dalam perniagaan – hartanah dan tenaga – yang
semuanya memerlukan modal tambahan.
* Berdasarkan senario yang kami hadapi sekarang, setelah berbincang
dengan pemegang saham, MoF (Kementerian Kewangan), kami yakin dengan
kejayaan pelan rasionalisasi ini. Opsyen terbaik ialah menjual aset atau
membwa masuk pelabur baharu ke Bandar Malaysia untuk mengurangkan
hutang ke paras lestari.
* Kami patut diberi peluang untuk melaksanakan pelan ini agar
syarikat ini tidak perlu kembali kepada kerajaan bagi mendapatkan
sokongan tambahan.
11. ADAKAH KEMUNGKINAN SYARIKAT INI DAPAT DIPULIHKAN SEMULA SEPENUHNYA?
* Melalui rasionalisasi, kami mempunyai tiga pilihan — mendapatkan
lebih banyak ekuiti, menjual aset dan membayar hutang serta membawa
masuk ekuiti daripada pihak ketiga.
12. KETELUSAN
* Dua kenyataan hampir setiap hari. Tahap ketelusan yang tinggi berkaitan dengan MoF.
* Akaun kewangan 1MDB boleh didapatkan secara terbuka. Nota kepada
akaun itu amat lengkap. Sedikit saja syarikat di Malaysia mempunyai
tahap pendedahan sedemikian dalam nota akaun.
* Kami telah menghasilkan banyak butir lengkap, kenyataan akhbar,
interviu. Ini merupakan usaha berterusan untuk memperkongsikan maklumat
kepada umum termasuk penerbitan risalah oleh JASA yang menyediakan
soal-jawab lengkap mengenai 1MDB.
* Kami harap dengan usaha berterusan ini, lebih banyak dapat diperkongsikan.
13. KEBOCORAN DOKUMEN
*Apa yang penting ialah konteks. Amat mudah mengambil sedutan dari
dokumen dan kemudian menghasilkan berita daripadanya. Sebab itu Kabinet
pada Mac meminta Ketua Audit Negara mengendalikan kajian menyeluruh
mengenai ini. Menyiapkan laporan akhir menjelang hujung tahun ini.
* Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil kajian ini dan
memperkongsikannya dengan orang ramai apa jua hasil kajian. Ingatlah
bahawa PAC bersifat bi-partisan, jadi tidak ada yang diselindungi, dan
keputusan yang wajar perlu dibuat.
14. DANA DI SINGAPURA
*Jika anda lihat semula nota akaun kami, adalah jelas dari September
2012, 1MDB telah pada mulanya membuat pelaburan dalam ekuiti dan
pinjaman Petrosaudi. Setelah masa berlalu, dana itu telah diubah kepada
unit, jadi sejak September 2012, ia adalah unit dana.
Pada 2014, 1MDB
menebus unit dana itu dalam dua cara, satu dalam bentuk tunai menerusi
jualan oleh pengurus dana dan kedua menerusi jualan unit dana.
15. TAKRIF UNIT DANA
* Jika anda mempunyai pelaburan unit amanah, apa yang anda ada ialah
unit. Unit-unit itu mewakili pemilikan pelbagai aset terlindung. Jadi
kita mempunyai dana yang diwakili menerusi unit-unit ini yang
menjelaskan pelaburan yang terlindung.
Dari pihak kami, AS$2.33 bilion
ini pada 31 Mac 2014, 1MDB telah menebus kira-kira AS$1.4 bilion dari
wang tunai itu, wang tunai itu digunakan untuk pelbagai tujuan dan kami
mempunyai baki AS$940 juta.
Dana itu didaftar di Caymen tetapi kami
mempunyai bank custodian (simpanan) BSI di Singapura. Custodian
merupakan ‘interface’ antara pemilik dengan pengurus dana, jadi tidak
bererti dana ada di situ, tetapi yang wujud ialah interface kami dengan
bank sebagai penyimpan.
* Setelah menebus AS$1.4 bilion dalam bentuk tunai, kami sekarang mempunyai AS$940 juta unit dana.
* Sebagai sebahagian dari pelan rasionalisasi, kami akan lakukan ‘tukaran hutang untuk aset’ dengan IPIC.
16: MANA RM42 BILION? APAKAH IA MASUK KE POKET SESEORANG?
* Tidak. Wang itu telah diberikan penjelasan sepenuhnya dalam
pelbagai kenyataan kewangan yang 1MDB telah keluarkan pada Jun tahun
ini. Jadi setiap sen syarikat itu telah dijelaskan dan boleh disemak.
17. KE MANA IA PERGI? MANA DANA ITU?
* Dari perspektif saya, saya boleh uruskan fakta dan angka, hingga
(jika) ada pihak lain atau pihak ketiga membuat dakwaan ini, maka mereka
perlu mengemukakan keterangan dan bukti kepada pihak berkuasa.
18. TENTANG PEMALSUAN KENYATAAN BANK KEPADA PAC
*Saya tidak menyedari tentang hujah sebenarnya. Seperti saya katakan
terdahulu, kenyataan kawangan 1MDB adalah dokumen awam. Bagi kami, kami
telah kemukakan hanya satu set kenyataan kewangan kepada SSM.
19. JADI RM42 BILION MENJELANG JANUARI, BOLEHKAN ANDA MEMPUNYAI ANGKA
YANG BERBEZA? BERAPA YANG ANDA PERLU BAYAR SETIAP BULAN BAGI HUTANG
ANDA?
* Dari segi pelan rasionalisasi, objektif yang telah saya katakan
sebelum ini adalah untuk mengurangkan dengan ketara hutang syarikat.
Jika anda melihat urus niaga IPIC yang akan mengurangkan hutang kami
sebanyak RM16 bilion dan daripada penjualan Edra, kami menyasar untuk
mengurangkan hutang antara RM16 hingga RM18 bilion. Supaya RM32 bilion
pengurangan hutang kami. Berhubung dengan Bandar Malaysia, kami
berbincang angka tertentu sebelum ini bahawa nilai syarikat mungkin
kira-kira RM10 hingga RM11 bilion.
* Jadi bergantung kepada berapa banyak yang kami jual, kami akan
mengurangkan dengan jumlah itu. Oleh itu, bagaimana anda melihat pelan
rasionalisasi, ia dengan ketara akan mengurangkan hutang syarikat. Kami
berharap untuk melaksanakan semua perjanjian menjelang akhir tahun ini
dan kemudian diharapkan wang akan masuk tidak lama selepas itu.
* Dari segi beban faedah, dalam tahun kewangan yang lepas, kita telah
membelanjakan RM2.4 bilion untuk membayar faedah. Saya rasa ini
menunjukkan sejauh mana liabiliti kewangan ke atas syarikat itu, itulah
sebabnya kami perlu mempunyai penyelesaian asas untuk menyelesaikan
masalah.
20. MENGENAI BAYARAN YANG GAGAL DILUNASKAN. ANDA GAGAL MEMBAYAR HUTANG SEBANYAK DUA KALI?
* Tidak, itu tidak benar. 1MDB tidak pernah memungkiri mana-mana hutangnya
21. MAAFKAN SAYA, SAYA RASA ANDA GAGAL MEMBAYAR? ITULAH SEBABNYA
TERDAPAT BANYAK KONTROVERSI MENGENAI KEMAMPUAN ANDA MEMBAYAR BALIK
HUTANG. INI BEBERAPA BULAN LEPAS.
*Sila tunjukkan kepada saya di mana kami telah gagal membayar. 1MDB
sentiasa melunaskan hutang. Sudah tentu kami sentiasa mengadakan
perbincangan dengan pemberi pinjaman dan pemegang hutang kami mengenai
menguruskan profil pembayaran tetapi kami telah membuat pengumuman
kepada orang ramai tahun ini jumlah pembayaran balik hutang utama,
sebagai contoh pada Februari kami membayar balik RM2 bilion kepada
sebuah konsortium bank.
22. SWISS BANK?
*Lima bank. Kami membayar RM600 juta pinjaman kepada sebuah bank.
Pada Jun kami membayar US$975 juta, jadi itu kira-kira RM3.6 bilion
kepada bank konsortium asing. Jadi ini adalah bukti pembayaran balik
hutang oleh 1MDB dan sudah tentu seperti yang dinyatakan sebelum ini,
kami sentiasa membayar semua bayaran faedah yang akan dikenakan.
23. APAKAH PEMBAYARAN BERIKUTNYA, BAGI KUPON ATAU BON?
* Pembayaran akan datang adalah pada November, kami mempunyai bayaran
kupon untuk sukuk RM5 bilion yang 1MDB diterbitkan pada tahun 2009.
Jadi, kira-kira RM145 juta.
24. DAN PELABURNYA?
*Terutamanya pelabur tempatan kerana ia merupakan sukuk ringgit
25. TERDAPAT KRITIKAN YANG TERSEBAR LUAS BAHAWA PELABURAN SYARIKAT MILIK
KERAJAAN MELABUR DALAM 1MDB. KITA BERCAKAP MENGENAI TABUNG HAJI, KWAP,
KWSP DAN MALAH TNB YANG DIANGGAP SEBAGAI ENTITI KERAJAAN. MEREKA
MENYATAKAN ITU SEMUA LANGKAH MENYELAMAT BERBANDING KE PASARAN DAN
MENDAPATKAN PEMBELI LUAR? APA PENDAPAT ANDA TENTANG PERKARA INI?
* Pertama sekali apabila anda melihat Tabung Haji, mereka membeli
sebidang tanah, jadi tanah itu kini milik mereka dalam satu pembangunan
yang sangat dinamik yang dikenali sebagai TRX dan kami amat yakin bahawa
mereka akan dapat membangunkan dan menjual tanah itu sebagaimana yang
mereka difikirkan sesuai.
* Dari segi KWAP, KWSP dan sebagainya, mereka telah membeli bon dan
semua pinjaman daripada syarikat-syarikat tenaga yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat tenaga. Jadi, bon ini dicagarkan ke atas aset jana
kuasa dan mempunyai aliran tunai daripada PPA (perjanjian pembelian
tenaga) yang diperuntukkan kepada mereka sebagai bayaran balik.
* Jadi pada pandangan saya, keupayaan untuk membayar hutang-hutang
berkenaan yang agak terjamin dan kukuh. Sekarang dari segi perkara
ketiga yang anda kemukakan, pertama sekali Tenaga Nasional hanya 30
peratus milik Khazanah yang merupakan entiti kerajaan dan adalah sebuah
syarikat senarai awam.
* TNB, secara sendiri, antara pembida dalam penjualan Edra, tetapi
seperti yang kita cakap mengenainya sebelum ini kami sebenarnya
mempunyai empat pembida yang disenarai pendek. Tiga telah mengemukakan
bidaan akhir dan muktamad. Sekarang kami akan melalui proses menilai dan
lembaga pengarah 1MDB dan pemegang saham 1MDB akan melihat nilai yang
dijana dan terma pembayaran serta semua terma dan syarat-syarat lain
sebelum membuat keputusan.
* Jadi, belum muktamad bahawa ia akan ke satu pihak atau yang lain.
26. BAIKLAH, KEMBALI KEPADA TABUNG HAJI YANG MEMBELI TANAH, SEBIDANG
TANAH DI TRX. MEREKA BERKATA JUMLAH YANG MEREKA BAYAR TIDAK BERSAMAAN
DENGAN HARGA TANAH YANG SEPATUTNYA, MEREKA TELAH MEMBAYAR LEBIH SEDIKIT
DARIPADA APA YANG SEPATUTNYA. PENDEK KATA INI JUGA LANGKAH MENYELAMAT.
* Itu memang salah. Jika dilihat pada harga tanah yang setanding
untuk jenis lokasi, Tabung Haji sebenarnya telah membayar harga yang
lebih rendah, saya rasa anda boleh bertanya kepada mana-mana jurunilai
hartanah atau pakar pasaran yang akan mengesahkannya. Sekali lagi, saya
minta anda melihat transaksi yang kami umumkan kepada awam yang
menunjukkan secara keseluruhannya Tabung Haji mendapat urus niaga yang
baik.
27. MASALAH KEWANGAN YANG DIHADAPI OLEH 1MDB SEOLAH-OLAH MEMBERIKAN
TEKANAN TAMBAHAN KEPADA RINGGIT, YANG SUDAH MENGALAMI TEKANAN OLEH KADAR
FAEDAH AS DAN SEMUA ITU, IA MENJEJASKAN KEYAKINAN PELABUR DAN PASARAN
BERSETUJU DENGANNYA. APA PANDANGAN ANDA MENGENAI INI? ANDA BERSETUJU
DENGAN ANDAIAN INI?
* Jika anda melihat satu bulan lepas dan menilai turun naik ringgit,
turun naik nilai ringgit dan bandingkan dengan berita mengenai 1MDB,
anda akan melihat tidak ada hubung kait. Betul? Saya rasa ringgit
dipengaruhi oleh harga minyak, contohnya dengan kebimbangan tentang
pasaran baru muncul seperti mata wang, Real, Brazil, Kroner Norway atau
Dolar New Zealand.
* Semua mata wang ini berkait, sama ada kepada harga komoditi atau
dalam pasaran baru muncul. Terdapat juga penurunan nilai di China, yang
sekali lagi menimbulkan beberapa isu.
* Bukanlah hendak mengatakan 1MDB tidak memberi kesan langsung, saya
bersetuju dengan anda bahawa terdapat beberapa kesan yang tidak menentu
di sekeliling tetapi saya juga ingin menyatakan bahawa memandangkan
pelbagai ketidaktentuan politik di negara ini juga telah mempengaruhi
nilai mata wang. Jadi, terdapat pelbagai faktor pada bila-bila masa yang
menentukan perdagangan mata wang termasuk pandangan peniaga membeli dan
menjual inventori dan sebagainya. Jadi, untuk mengatakan bahawa kerana
satu syarikat, saya rasa ia agak keterlaluan.
28. APA YANG BOLEH ANDA BERITAHU KEPADA PELABUR UNTUK MENGURANGKAN KEBIMBANGAN KE ATAS RINGGIT?
* Dua perkara, yang pertama, kami tidak pernah gagal membayar hutang
kami, kami telah membayar pinjaman pokok dan faedahnya apabila tiba
masanya. Dan kedua, kami mempunyai rancangan, iaitu pelan rasionalisasi
untuk secara progresif melupuskan aset atau untuk membawa masuk ekuiti
baharu bagi mengurangkan hutang 1MDB. Jadi dari perspektif pelabur,
perlu lega yang kami menyedari cabaran, kami terbuka mengenainya dan
kami di sini untuk membetulkan keadaan.
29. BEBERAPA MINGGU LEPAS, MAJLIS RAJA-RAJA
MENGELUARKAN KENYATAAN MEMINTA KEPIMPINAN MENYELESAIKAN KRISIS 1MDB
SECEPAT MUNGKIN. INI BELUM PERNAH TERJADI, JADI APA YANG ANDA INGIN
KATAKAN SEBAGAI CEO DAN PRESIDEN KUMPULAN 1MDB.
* Dari perspektif 1MDB dan kerajaan Malaysia, kami memandang serius
dan menghormati pendapat dan pandangan yang dinyatakan oleh semua pihak,
rakyat, kerajaan, pembangkang, dan juga Raja-raja di negara ini.
Kerajaan telah menunjukkan pendekatan tegas dan komited kepada 1MDB
melalui pelan rasionalisasi, dan saya berharap perbincangan hari ini
akan menjelaskan lagi matlamat kami. Iaitu untuk melupuskan aset atau
menjual ekuiti dalam usaha untuk mengurangkan hutang negara. Usaha ini
berterusan dan kami berharap untuk mempunyai resolusi menjelang akhir
tahun ini seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri pada bulan Jun
2015.
30. TERDAPAT PERPATAH, ‘KALAU TIADA ANGIN MASA KAN
POKOK BERGOYANG’ TERDAPAT DAKWAAN DARIPADA TUN DR MAHATHIR, PEMBANGKANG,
MEDIA ASING DAN TEMPATAN. ADAKAH MEREKA SEMUA SALAH?
* Jadi, sekali lagi Michael, apa yang saya rasa kami perlu lakukan
ialah dalam fakta dan dalam angka. Setiap kali dakwaan tertentu telah
dibuat syarikat telah mengeluarkan kenyataan, anda dialu-alukan untuk
melihat laman web kami untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang
fakta. Pendapat tentunya adalah isu lain.
* Kini Tun Mahathir sendiri baru-baru ini telah dipetik dalam video
sebagai berkata bahawa beliau tidak mempunyai bukti yang cukup untuk
membuat laporan polis terhadap perdana menteri. Jadi, pada pandangan
saya, kami perlu berasaskan kepada fakta, kita tidak boleh bergantung
pada dakwaan khabar angin dan kenyataan tidak berasas lain tanpa bukti.
31. SAYA PERLU BERTANYA ANDA TENTANG PERKARA INI. TAIKUN
PERNIAGAAN JHO LOW, ADAKAH BELIAU MEMPUNYAI APA-APA KAITAN DENGAN 1MDB,
DAN PERNAHKAH ANDA BERTEMU BELIAU SELEPAS MENGAMBIL ALIH JAWATAN SEBAGAI
CEO 1MDB.
* Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Jho Low merupakan penasihat
kepada TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu) sebelum saham yang dipindahkan
kepada kerajaan Malaysia dan perubahan nama kepada 1MDB. Beliau
sebenarnya telah meletak jawatan pada pertengahan Mei 2009, sebelum
saham dalam TIA telah dibeli oleh kerajaan dan nama ditukar kepada 1MDB.
Dari perspektif 1MDB, Encik Jho Low tidak pernah dibayar oleh syarikat
itu, beliau tidak pernah diambil bekerja oleh syarikat, dan operasi
syarikat yang dikendalikan oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah
1MDB. Dengan pengawasan daripada pemegang saham yang merupakan
Kementerian Kewangan.
* Tidak, itu tidak benar. 1MDB tidak pernah
memungkiri mana-mana hutangnya
32. DAN ANDA BERURUSAN DENGAN SEMUA SYARIKAT DAN ANAK-ANAK
DAN PRINSIPAL DI LUAR NEGARA, ADAKAH MANA-MANA SYARIKAT BERKENAAN MILIK
JHO LOW?
*Setakat yang kami tahu, tidak. Jadi interaksi kami adalah dengan
syarikat guaman kami dan sama ada mereka mempunyai kepentingan
perniagaan, itu suatu di luar pengetahuan kami.
33. SECARA STRATEGIKNYA, DI MANA ANDA LIHAT 1MDB, MUNGKIN DALAM TIGA TAHUN AKAN DATANG?
* Idea asal 1MDB, iaitu menjadi pemangkin dan untuk bertindak sebagai
syarikat pembangunan strategik, pada pandangan saya ia telah dicapai
melalui pelbagai contoh yang kita telah dibincangkan iaitu yang
merupakan penyatuan industri kuasa, pembangunan Bandar Malaysia, dan
juga TRX.
Sekarang, mengenai masa depan dan memandangkan cabaran yang
dihadapi syarikat, kami terpaksa mengambil keputusan untuk menyusun
semula dan mengubah beberapa aspek model perniagaan. Jadi, apa yang kami
tumpukan pada masa ini ialah dalam mencapai objektif pelan
rasionalisasi.
Saya rasa dari segi apa yang berlaku seterusnya kepada
syarikat, sesuatu yang saya sentiada bincang secara berterusan dengan
para pemegang saham. Apabila kami mendapat melalui fasa ini, saya pasti
akan ada pengumuman lanjut mengenai apa yang berlaku seterusnya.
34. APABILA ANDA MENGEMUKAKAN AKAUN. ALASAN ANDA IALAH ANDA DALAM
PENYIASATAN DAN MEREKA MENGAMBIL DOKUMEN DAN SEBAGAINYA, TIDAKKAH ANDA
MEMPUNYAI SALINAN UNTUK MELENGKAPKAN AKAUN?
*Bagi melengkapkan akaun, anda memerlukan dokumen asal untuk dilihat
juruaudit. Dokumen-dokumen asal kami, sebahagian besarnya telah diambil
PDRM pada 8 Julai 2015. Oleh itu, sewajarnya kami perlu mendapatkan
lanjutan dan lanjutan undang-undang daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat)
untuk mengemukakan akaun kami pada 31 Mac, 2016.
35. JADI ANDA MENUNGGU DOKUMEN YANG TERLIBAT DIKEMBALIKAN
KEPADA 1MDB UNTUK MELENGKAPKAN AKAUN, SEMENTARA ITU ANDA TIDAK BOLEH
MELAKUKANNYA?
* Betul tu. Dari segi dokumen asal bagi juruaudit mengkaji dan mengaudit, dan mengesahkan ketepatan.
36. BAGAIMANA JIKA PENYIASATAN BERLANJUTAN SELAMA SATU TAHUN, MELANGKAUI 31 MAC, BAGAIMANA?
* Saya rasa kita perlu menangani satu persatu, dan sudah tentu bagi
anak syarikat tenaga dan anak syarikat hartanah kami, akaun hampir
dimuktamadkan, hampir siap. Isunya ialah peringkat syarikat pegangan di
mana dokumen kami telah diambil. Kita akan menyelesaikan satu persatu.
Tunggulah jika dan apabila pihak berkuasa akan kembalikan
dokumen-dokumen untuk akaun syarikat pegangan dan kami boleh mengambil
tindakan sewajarnya.
37. SAYA PERLU BERTANYA ANDA SOALAN INI. KONTROVERSI INI
MENGENAI WANG DAN SUMBANGAN KE AKAUN PERDANA MENTERI, ADAKAH DALAM
APA-APA CARA 1MDB TERLIBAT DALAM DAKWAAN TERSEBUT?
* Sama sekali tidak, dan sebenarnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia) telah secara terbuka menyatakan bahawa dana itu bukan
dari 1MDB ke akaun Perdana Menteri. SPRM juga telah secara terbuka
menyatakan bahawa ia tidak menyiasat 1MDB.
38. KITA HAMPIR MENGAKHIRI PROGRAM, SAYA SERAHKAN KEPADA
ANDA, ARUL. APA YANG INGIN ANDA KATAKAN KEPADA KAMI, KEPADA RAKYAT
MALAYSIA TENTANG 1MDB.
* Apa yang saya ingin merumuskan bahawa, idea di sebalik 1MDB adalah
suatu yang baik dan ia telah mencapai banyak matlamat strategiknya.
Malangnya, terdapat beberapa cabaran, yang telah menyebabkan keperluan
untuk menukar rancangan itu yang kini sedang dilaksanakan melalui pelan
rasionalisasi. Oleh itu, kami wajar diberi peluang untuk melaksanakan
rancangan untuk memastikan kami membayar hutang kami, untuk mengurangkan
tahap hutang, di samping bekerja dengan pihak berkuasa di negara ini
untuk memberikan mereka maklumat sebagai sebahagian daripada siasatan
mereka. Jadi saya menggesa orang ramai agar memberi kami ruang untuk
memaksimumkan nilai aset supaya kami tidak perlu kembali kepada kerajaan
untuk melaksanakan rancangan kami.
39. APABILA MEREKA TELAH MENANDATANGANI PERJANJIAN DAN SEMUANYA, BOLEH ANDA BERITAHU KAMI BILA SEMUA HUTANG AKAN DILUNASKAN?
Itulah harapan saya, untuk memberikan maklumat terkini sebaik sahaja
kami memutuskan sebanyak mana daripada setiap aset untuk dijual dan
jumlah hasil. Pastinya, kami akan mengeluarkan maklumat terkini, mungkin
akhir tahun atau awal tahun depan, mengenai hala tuju kami.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
ReplyDelete* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan akaun bank wang
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Anda mendapatkan balasan awal kurang daripada 24 jam, pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan daripada anda
Emel kami di homeofequity@gmail.com
================================
Nama: ...................
Nama kedua.................
Alamat : .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Seks: ....................
Nombor telefon : ..............
Status: .................
Pekerjaan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan : ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
awak faham Inggeris : .................
Emel kami di homeofequity@gmail.com
Yang ikhlas ,
Nicolas Payne
MODAL EKUITI
Adakah Anda Perlu pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
ReplyDelete* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan akaun bank wang
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Anda mendapatkan balasan awal kurang daripada 24 jam, pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan daripada anda
Emel kami di homeofequity@gmail.com
================================
Nama: ...................
Nama kedua.................
Alamat : .................
Negara: ...................
Umur: ..........................
Seks: ....................
Nombor telefon : ..............
Status: .................
Pekerjaan: ...............
kedudukan: .................
pendapatan bulanan : ..............
Jumlah Pinjaman: .................
Tujuan Pinjaman: ...............
jangka masa: ....................
Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum: ............
awak faham Inggeris : .................
Emel kami di homeofequity@gmail.com
Yang ikhlas ,
Nicolas Payne
MODAL EKUITI