Wednesday, October 28, 2015
Khalid Samad Tuduh Ulamak PAS Tak Ada Adab
Susulan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab tindakan pemimpis Pas tidak
berdiri bersama pemimpin pembangkang lain dengan mengatakan pemimpin
pembangkang itu tidak beradab, pemimpin Pakatan Harapan (PH) tampil
membidas kenyataan Presiden Pas itu.
Menurut pemimpin Amanah, Khalid Samad, tindakan pemimpin pembangkang
memprotes didalam Dewan Rakyat dengan mengangkat plakad 'Mana RM2.6
bilion' merupakan tindakan paling beradab.
Khalid berkata, tindakan pemimpin PH mengangkat plakad itu adalah
tindakan yang cukup beradap, lainlah jikalau pemimpin PH mengangkat
kasut atau kerusi dan membalingnya di dalam Dewan tersebut seperti yang
berlaku di luar negara.
"Kita bukannya membaling kasut , kerusi atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih sebagai tanda protes.
"Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," kata Khalid ketika ditemui di lobi Parlimen.
Kadang-kadang lawak juga kenyataan dari pemimpin Amanah ini. Rupanya
perbuatan tidak beradab tu kalau dah timbulkan huru-hara macam baling
bom pemedih or kasut sebagainya.
Habis kalau protes sambil duduk sehingga mengganggu kerja orang lain tu beradap ke wahai pemimpin Amanah serpihan Pas ini??
Sementara itu, pemimpin DAP Anthony Loke turut menyelar kenyataan Hadi
itu dengan mengatakan tindakan Pas tidak berdiri bersama pemimpin
pembangkang itu yang sebenarnya tidak beradab.
Loke berkata, kenyataan daripada Presiden Pas itu tidak beradab kerana
tidak konsisten dengan pendirian parti Islam itu apabila sebelum ini
pemimpin Pas pernah berdiri bersama pemimpin pembangkang mengangkat
plakad membantah pelaksanaan GST.
"Kenyataan belia tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang plakad membantah pelaksanaan GST.
"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan Pakatan Harapan, tetapi
beliau mestilah konsisten dengan pendirian," kata Ahli Parlimen Seremban
itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment