Thursday, October 29, 2015
Syabas..... Perdana Menteri Tinjau SJKT Dengkil
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan
mengejut ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil dekat sini
bagi meninjau keadaan sekolah dan kebajikan muridnya.
Guru Besar sekolah itu M.Tamilsekaran berkata perdana menteri tiba pada
kira-kira 11.10 pagi di sekolah itu, yang kini mempunyai 300 murid
termasuk 43 murid tadika, serta 24 guru.
SJKT Dengkil mempunyai empat blok bangunan, namun hanya satu blok bangunan yang tidak bermasalah.
Tamilsekaran, yang akan bersara pada 20 Januari tahun depan, berkata Najib
telah meminta Kementerian Pendidikan untuk membuat penilaian berhubung
keperluan sekolah itu dan mengambil tindakan secepat mungkin.
Beliau yang dihubungi Bernama hari ini melahirkan rasa syukur dan
berterima kasih kepada Najib yang sanggup melakukan lawatan itu untuk
menyelesaikan masalah sekian lama yang dihadapi sekolah itu dan menaik
taraf sekolah yang ditubuhkan 35 tahun lalu.
Tamilsekaran berkata Perdana Menteri memberi jaminan untuk mengambil
tindakan segera bagi membaik pulih sistem pendawaian dan lantai yang
mendap di dua blok satu tingkat sekolah itu, selain menutup longkang
besar yang mengeluarkan bau busuk.
Perdana Menteri antara lain juga meminta bilik sains, bilik perpustakaan
dan bilik mesyuarat di blok ketiga dicat dan beberapa peralatan baharu
dibekalkan, katanya.
"Ini merupakan lawatan yang membuahkan hasil. Ini merupakan hadiah
seumur hidup bagi diri saya dapat berjumpa dengan perdana menteri, yang
begitu prihatin tentang kebajikan sekolah-sekolah Tamil.
"Saya amat gembira SJKT Dengkil ini mendapat keprihatinan daripada kerajaan," katanya.
Pada lawatan itu, katanya Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan
Selamat Hari Deepavali kepada warga SJKT Dengkil. Hari Deepavali akan
disambut pada 10 November ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment