KUALA LUMPUR : Seorang pengguna Facebook, Noorhidayu Mohamed Noor
memuat naik status meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap
seorang anggota polis yang menjawab panggilan telefon kecemasan.
Norhidayu yang mendakwa diberi jawapan yang tidak berasas oleh
anggota polis berkenaan selepas mengadu diganggu oleh sekumpulan pembuli
bermotor dalam berjalanan pulang ke Kelantan dan insiden itu belaku di
daerah Kahang, Johor.
Aksi video yang pernah menjadi viral di media sosial baru-baru ini
menunjukkan mereka sekeluarga telah diganggu oleh tiga penumpang
motosikal yang bertindak mengacah serta menyimbah cecair ke atas cermin
kereta yang dipandu.
Terdahulu, menurut mangsa, tiga lelaki berkenaan kelihatan seperti
pelajar sekolah menengah, bagaimanapun wajah mereka tidak jelas kerana
terselindung disebalik topi keledar yang dipakai suspek.
Risau dengan perbuatan tiga lelaki tersebut, mangsa berkenaan membuat
panggilan kecemasan ‘999’ untuk melaporkan kejadian tersebut.
Tetapi mereka diminta untuk membuat laporan di balai polis yang
berdekatan. Oleh itu, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil
diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.
Menurut kenyataan status yang dimuat naik itu juga, perbualannya
dengan pegawai tersebut amat mengecewakan kerana jawapan yang diterima
dilihat sebagai tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.
Tambahan pula, pegawai polis tersebut didakwa mengakui mereka bukan
‘Superman’ yang boleh muncul apabila mereka meminta bantuan kecemasan.
Sementara itu, Noorhidayu turut mempersoalkan sikap pegawai polis di
negara ini yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat serta negara.
“Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tidak perlulah pelik kenapa jenayah semakin berleluasa.
“Kalau di bangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti
jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah. Beribu batu
perjalanan kami, di bumi Malaysia juga keselamatan kami diancam,”
Noorhidayah mengakhiri tulisannya.
Status tersebut telah dikongsi lebih dari 21 ribu pelayar media sosial tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment