Thursday, October 29, 2015

Ramai Kecewa Bila Mahathir Tidak Keluar UMNO

20150420_mahathir2_star
Ketika tersebar nya satu berita konon nya ada Press Conference pada pukul 5 petang semalam berkenaan Tun Mahathir akan keluar dari UMNO , ramai orang sangat tertunggu tunggu  akan kebenaran hal itu.

Selain dari penyokong pembangkang yang akan bergembira, turut menyukai akan hal itu ada lah kebanyakan orang UMNO juga.

Malah mereka lebih suka jika berita itu benar.

Tun Mahathir yang sudah pun berperangai pembangkang nampak sangat amat memerlukan UMNO dan bukan sebalik nya.

Ahli UMNO pula masih ada sedikit terhad akan serangan mereka kepada Tun Mahathir secara rasmi.
Apa yang ada hanya lah individu dari UMNO yang menyerang Tun Mahathir.

Ketika kali pertama Tun Mahathir mahu menjatuhkan Tun Abdulaah beliau ada membuat “stunt” keluar dari UMNO , lalu tekanan di beri oleh ahli UMNO supaya Pak Lah undur diri.

Namun kali ini lain pula hal nya, ahli UMNO mendiam diri dan dalam hati mereka mengharap kan berita Tun Mahathir keluar UMNO kali ini ada lah kabaran benar.

Jika Tun Mahathir keluar UMNO tentu serkali pembangkang akan bersorak gembira kerana boleh menjadi kan alasan UMNO sudah teruk dan Tun Mahathir ahli no 00001 sudah keluar dari nya.

Tetapi kali ini bukan sahaja pembangkang , malah ahli UMNO juga dalam media sosial ada yang mahu meraikan dengan pisang dan ada juga yang mengucap kesyukran.

Boleh di kata kan Tun Mahathir juga masih bergantung nyawa dengan UMNO dan takut untuk keluar kali ini.

Mungkin menyedari penyokong DS Najib sudah tahu akan muslihat lama , maka Tun Mahathir tidak berani untuk mengguna kan taktik cry baby nya.

Pelik juga bagi mereka yang mengatakan UMNO tidak akan menang akan di sapu bersih pada PRU14 masih bertaut dengan UMNO.

Atau , ….. mungkin mereka tahu apa yang ahli lain tidak tahu.

Jauh di dalam hati mereka tahu UMNO jitu dan kuat, itu sebab nya mereka masih mahu bertaut dengan UMNO.

Jika mereka sering kata orang hendak lemas, akan capai apa sahaja waima taik terapung, tapi nampak nya mereka pula yang masih mahu bertaut pada taik yang terapong, ia itu UMNO.

Bukan sahaja Tun Mahathir, mereka juga amat pelik bila TS Muhyiddin juga enggan keluar dari UMNO yang akan kalah ini.

Akhir kata berita tidak benar itu kali ini amat mengecewakan sungguh mengecewakan kerana pada pembangkang dan pembenci UMNO mereka heran apa ada pada UMNO yang sebab kan Tun M dan TSMY enggan keluar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment