Wednesday, October 28, 2015
Bongkar!! Balak & Salahguna Kuasa PAS Kelantan
Semalam terdapatnya beberapa media melaporkan tentang
seorang anak muda dari Kelantan bernama Mohd Afiq Ayob yang membuat
laporan kepada SPRM tentang isu salahguna kuasa seorang exco kerajaan
negeri Kelantan. Siapa Exco PAS Kelantan yang terlibat rasuah?
Hari ini, kita akan dedahkan sedikit
maklumat dapatan berkaitan isu ini supaya kita boleh memahami serta
mengikuti kronologi salahguna kuasa oleh ahli politik tertentu yang
biasa mendakwa diri mereka bersih lagi Islam.
Gambarajah diatas adalah gambaran yang
menunjukkan bagaimana 3 entiti syarikat yang terlibat dibawah satu
syarikat DPS Berhad, syarikat ini sebenarnya telah lama memperolehi
hasil dari perniagaan balak negeri Kelantan.
Pertama mereka membeli HIDAYAT YAKIN S/B
yang memiliki pajakan 400 hektar tanah di Dabong untuk Tanaman Getah
Klon (TLC) pada 8 April 2008 iaitu 2 bulan selepas syarikat itu menerima
pajakan dan mereka menjual semula HYSB dengan harga RM 5.3 Juta pada
Sept 2012.
Kedua, DPS membeli BIOTREND ASIA S/B
yang memiliki pajakan 11,500 ekar tanah untuk tanaman sawit pada 5 Mei
2008 iaitu sebulan selepas mereka menerima PAJAKAN dari YAKIN pada 16
Apr 2008.
Ketiga, DPS melalui anak syarikat
Lapangan Desiran Sdn Bhd talah memeterai kerjasama membina Bandar Baru
Dabong pada 8 Oktober 2012 yang perletakan batu asasnya dibuat oleh
Allahyarham Menteri Besar Kelantan dan apabila kerjamasa itu diputuskan
pada Jun 2013 DPS melalui Lapangan Desiran Sdn Bhd menuntut semula
segala perbelanjaan yang telah digunakan mereka untuk kepentingan
Pengerusi KPK dan lain-lain perkara.
Contohnya pembayaran Cek RM 1 juta
kepada seseorang oleh Biotrend Asia S/B untuk deposit Balak KPK dan
Jollywood dan Pembelian 10 EKOR LEMBU KORBAN Lee Seong Yee melalui
Hidayat Yakin Sdn Bhd pada 2012 yang diterima oleh orang Labok dan
Machang.
Ada banyak lagi pendedahan bakal
menyusul, tidak hairanlah rakyat Kelantan menderita dek banjir kayu
balak di kawasan berkenaan hujung tahun lepas, rupa-rupanya beribu
hektar hutan yang sudah digadaikan oleh pemimpin PAS hanya kerana
gilakan kemewahan dunia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment