Thursday, October 29, 2015
1MDB: Arul Sahut Cabaran Tony Pua Muncul Secara Langsung Di TV
PETALING JAYA : Arul Kanda Kandasamy menyahut cabaran Tony Pua untuk
muncul secara langsung bagi menjawab sebarang dakwaan yang dibuat
terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, Presiden 1MDB itu berkata Pua perlu terlebih dahulu
meletak jawatan yang dipegangnya dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan.
Ini berlaku selepas Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP berkata
jawapan yang diberikan Arul dalam temuramah secara langsung di Bernama
TV hanyalah jawapan 'kitar semula' dan 'tidak mendekatkan rakyat
Malaysia dengan kebenaran' mengenai isu itu.
Pua berkata, beliau sendiri akan menjadi hos kepada program temubual itu
dan bertanyakan soalan, dan akan memberikan Arul 'seberapa banyak masa
dan peluang yang ada dan untuk menjawab soalan-soalan itu'.
"Bagaimanapun, saya, seperti biasa, sanggup dibuktikan salah," kata Pua.
"Malah, saya tidak akan menyimpan dendam jika dia berjaya memalukan saya
dengan menunjukkan bukti dari mana-mana dokumen kewangan 1MDB yang
dapat menyangkal dakwaan saya.
"Persoalannya ialah, adakah dia mempunyai keberanian untuk menerima cabaran itu?" katanya.
Dalam satu jawapan segera, Arul bersetuju menyahut cabaran itu.
"Saya dengan ini menerima cabaran beliau dan sangat berharap untuk menjawab soalan-soalannya," kata Arul.
"Walaupun dengan usaha-usahanya untuk berbuat demikian, YB Tony Pua tidak boleh menjadi hakim, juri dan melaksanakan hukuman.
"Oleh itu, saya percaya beliau mempunyai keberanian untuk melakukan
perkara yang betul dan meletakkan jawatan dalam PAC dalam usaha kita
untuk, seperti yang dinyatakannya, perbincangan 'tanpa halangan' di
televisyen secara langsung," katanya.
Dalam temu bual secara langsung dengan Bernama TV pada Rabu, Arul
berkata tidak ada apa yang diselindungkan berhubung 1MDB dan adalah
mustahil untuk berbuat demikian kerana terdapat lima agensi penyiasatan
sedang memerhatikan mereka.
Pua adalah ahli PAC yang menyiasat 1MDB yang mana prosidingnya sebelum
ini ditangguhkan selepas empat orang anggotanya, termasuk bekas
pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed, terpaksa meletak jawatan daripada
Jawatankuasa selepas mereka dimasukkan ke dalam Kabinet dalam rombakan
baru-baru ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment