Wednesday, October 28, 2015
Usul Undi Tak Percaya Hanya Propaganda Pembangkang, Kata Penganalisis
Cubaan beberapa kali oleh pembangkang untuk menafikan pentadbiran
kerajaan bermula dengan isu 16 September dan terbaru, tindakan
mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, hanya
membuktikan ianya propaganda ‘yang akhirnya tidak ke mana’.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),
Edwin Michael Muniandy berkata, pembangkang gemar mencanang khabar
kononnya mempunyai sokongan majoriti untuk menukar pentadbiran namun
‘drama’ tersebut kemudiannya berakhir dengan kegagalan.
“Ini propaganda politik pembangkang. Bukan setakat isu usul undi
tidak percaya dan 16 September, banyak lagi isu yang mereka pernah
lakukan sedemikian, mencanang dan pergunakan sosial media untuk mainkan
propaganda.
“Tapi akhirnya benda itu akan hilang begitu saja,” katanya kepada pihak media.
Minggu lalu, pembangkang menerusi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak
di Dewan Rakyat dengan mendakwa mereka mempunyai sokongan majoriti
untuk mengemukakan usul tersebut, termasuk dari kalangan Ahli Parlimen
Barisan Nasional (BN).
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian menggesa
pembangkang memberi senarai ahli-ahli parlimen yang didakwa menyokong
undi tidak percaya terhadap Najib.
Ujar Pandikar, jika senarai penuh sokongan diterima maka usul berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibahas kelak.
Namun sehingga ke hari ini tiada satu bukti dibentang untuk menyokong
dakwaan kononnya wujud Ahli Parlimen BN bersama gabungan pembangkang
baru, Pakatan Harapan, yang menyokong usul itu.
Tindakan mefailkan usul itu dilihat mengulangi ‘drama’ 16 September
yang diterajui bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tujuh
tahun lalu, yang mendakwa hampir 30 Ahli Parlimen BN akan ‘melompat’
menyertai pembangkang bagi menukar pentadbiran kerana mempunyai sokongan
majoriti.
Namun ujar Edwin, dari satu sudut, undi tidak percaya yang difailkan
pembangkang baru-baru ini menjadi indikator yang menunjukkan parlimen
mengamalkan demokrasi, apabila menerima usul yang bersifat menentang
kerajaan itu yang difailkan sebelumnya oleh ahli parlimen PKR, Hee Loy
Sian.
“Kerajaan telahpun beri mereka ruang untuk membawa usul undi tak
percaya, tapi atas kesalahan kepada pihak mereka kerana hantar lewat dan
kelewatan itu berpunca daripada PKR dan DAP.
“Kita telah berikan mereka ruang untuk bawakan isu menentang
kerajaan. Bukankah itu satu indikator menunjukkan kita ada kebabasan
berparlimen,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment