Thursday, October 29, 2015

Pembangkang Diselar Asyik Sensasikan Isu 1MDB

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/azeezabdulrahim400px.jpg
KUALA LUMPUR : Tindakan pembangkang yang tidak habis-habis membangkitkan dan mensensasikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana RM2.6 bilion hari ini ditempelak lagi oleh beberapa penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) menyifatkan kedegilan anggota pembangkang yang terus mensensasikan isu itu adalah “lebih auta dari fakta”.

“Dari hari pertama (persidangan) hingga hari ini, masih lagi pembangkang bercakap tentang 1MDB dan dana RM2.6 bilion. Apa kaitannya Bajet 2016 ini dengan (1MDB) dan dana RM2.6 bilion? Duit itu (RM2.6 bilion) sumbangan. Jangan iri hati. Itu bukannya duit rakyat pun,” katanya.

Kenyataan Azeez itu membuatkan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) bangit mencelah dan mendakwa beliau mendapat maklumat daripada pakar bahawa sejumlah wang itu kononnya ‘datang’ dari Malaysia sebelum dibawa keluar negara.

Dakwaan Dr Nik Mazian itu menyebabkan beberapa penyokong kerajaan termasuk Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) dan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) bangun dan menyifatkan pembangkang selama ini hanya gemar mengguna khabar angin sebagai senjata menghentam Barisan Nasional (BN).

Berhubung isu 1MDB, Azeez meminta rakyat supaya tidak mendengar pembohongan pembangkang dan menunggu penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang komited menyelesaikan isu itu akhir tahun ini.

“Sabar .. .bila sampai masa dan ketikanya Perdana Menteri akan jawab (selesaikan). Jangan berburuk sangka,” hujahnya dan turut disokong Noh.

Azeez juga menyifatkan pembangkang hanya bercakap kosong dan ini jelas terbukti apabila sesuatu musibah melanda kawasan pembangkang namun mereka tidak turun padang.

“Bukan nak mendabik dada. Tetapi setiap kali musibah seperti banjir, sebelah inilah (blok kerajaan) antara yang terawal kendong bantal, tilam, makanan semua bawa kepada rakyat, ada satu ketika pergi ke kawasan itu, anggota parlimennya (pembangkang) batang hidung pun tak nampak.

“Tapi mereka ini (pembangkang) bila masuk Parlimen punya lantang menjerit BN gagal!” kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment