Thursday, October 29, 2015
RTM Sedia Siar Secara Langsung Debat Arul Kanda – Tony Pua
KUALA LUMPUR : Radio Televisyen Malaysia (RTM)
bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda
dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung
membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan.
“RTM boleh siarkan debat ini secara langsung,” kata Salleh kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Arul Kanda berkata beliau sedia bersemuka
dengan Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu melepaskan jawatannya sebagai
anggota PAC.
“YB Tony Pua telah mencabar saya .. .untuk bersamanya dalam program
bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk
menjawab semua soalannya,” kata Arul Kanda.
Pua sebelum ini mencabar presiden 1MDB itu untuk muncul bersamanya
dalam temu bual yang bersiaran secara langsung bagi menjawab segala
persoalan yang dibangkitkan terhadap 1MDB.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment