Wednesday, October 28, 2015
Terbaiklah.... Penurunan Dan Penyeragaman Tambang Feri Ringankan Beban Rakyat Luar Bandar
Keprihatinan kerajaan negeri Sarawak di bawah Ketua Menteri Sarawak
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dalam
mengurangkan jurang penduduk luar bandar dan bandar semakin jelas dengan
beberapa tindakan susulan antaranya penurunan dan penyeragaman tambang
feri.
Penurunan dan penyeragaman tambang feri di beberapa kawasan di Sarawak
telah membantu meringankan beban penduduk di kawasan luar bandar.
Penurunan tambang perkhidmatan feri Marudi dianggap sebagai formula
membantu meringankan beban penduduk di sini, kata Menteri Muda Kemudahan
Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran.
Katanya, ia sekali gus memberi isyarat kepada penduduk di sini bahawa
pentingnya memberi mandat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri
Adenan Satem untuk kekal sebagai ketua menteri lima tahun lagi.
Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang) dan Menteri Muda Kemudahan
Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran berkata, kepimpinan
Adenan merupakan denyut dan nadi rakyat kerana sudah membawa banyak
perubahan di negeri ini.
“Adenan mengamalkan politik luar bandar, justeru, beliau meluluskan
RM500 juta peruntukan bagi membangunkan luar bandar,” katanya.
Jelas Entri, tambang feri sebelum ini untuk sebuah kenderaan dikenakan
bayaran sebanyak RM15 untuk satu perjalanan namun kini ia diseragam
menjadi RM1, termasuk perkhidmatan feri di Feri Long Lama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment