Wednesday, October 28, 2015
Jamal Yunos Jadi Ketua Komplot Jatuhkan Muhyiddin...
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus akan memastikan
bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan
dari Umno susulan tindakannya untuk memecah-belahkan parti.
Menurut Jamal, beliau dalam usaha untuk mengadakan dengan perbincangan
dengan ketua bahagian seluruh negara bagi mendapat persetujuan untuk
menyingkirkan Timbalan Presiden Umno itu.
Katanya, tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik dan tidak
menghormati Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak telah menyebabkan
perpecahan dalam parti.
Oleh demikian, beliau akan memastikan Muhyiddin disingkir dari Umno untuk mengukuhkan lagi perjuangan Umno.
"Pendapat peribadi saya, Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita dalam
usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong
penyingkiran berkenaan.
"Kalau saya di tempat perdana menteri, dah lama saya pecat Muhyiddin
bukan setakat timbalan presiden malah ahli Umno," kata Jamal.
Dalam masa sama, Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin turut
menyokong tindakan Jamal untuk menyingkirkan bekas timbalan perdana
menteri itu dari parti.
Nasarruddin berkata, beliau menyokong usaha Jamal itu jika Muhyiddin tidak lagi menghormati Najib sebagai Presiden parti.
"Relevan jika Muhyiddin tidak menghormati presiden tetapi tidak relevan
jika beliau masih menghormati presiden," kata Nasarruddin.
Adakah dengan tindakan Muhyiddin yang semakin agresif ini perlu
dibiarkan?? Pada pandangan penulis, adalah wajar Muhyiddin disingkirkan
dari parti kerana kelantangan beliau mengkritik dan memburukkan Najib
yang dilihat semakin agresif akan memecah-belahkan parti.
Lagipun, Muhyiddin yang sebelum ini pernah berkata beliau redha dengan
keputusan disingkirkan dari Kabinet tidak lagi seakan redha dengan
keputusan tersebut apabila sering melakukan kritikan terhadap Najib.
Inikah contoh pemimpin yang digilai oleh ahli Umno Johor yang kononnya redha dengan keputusan tersebut??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment