Thursday, October 29, 2015
PERKASA Perlukan Mahathir Untuk Cari Sokongan Melayu?
Hairan apabila Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cuba
mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dari disingkirkan dari Umno
selepas sering mengkritik Presiden parti dan cuba memecah-belahkan
parti.
Menurut Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, jika Mahathir
disingkir sebagai ahli Umno, ia akan mengurangkan lagi sokongan orang
Melayu terhadap parti itu.
Katanya, sepatutnya pemimpin Umno yang mahu menggugurkan Mahathir
sebagai ahli parti, sepatutnya mengambil langkah bijak dengan membuat
penyelesaian baik, bukannya dengan cara menyingkirkan bekas perdana
menteri itu.
"Pemimpin parti seharusnya membuat pendekatan yang lebih bijak untuk
menambahkan sokongan dan memperbanyakkan lagi ahli. Ia supaya parti
tersebut lebih kuat, bukannyamembuat penyelesaian dengan menyingkirkan
ahli yang ada," kata Abu Bakar.
Amboi... pandai mengajar orang pula Perkasa ni. Takkan nak simpan lagi
kalau kita dah tahu orang tu menjadi duri dalam daging yang bakal
menghancurkan organisasi yang telah dibina lamanya.
Dari Perkasa sibuk mempertahankan Mahathir untuk digugurkan dari Umno,
apa kata Perkasa yang merupakan penubuhan memperjuangkan hak orang
Melayu meramaikan lagi ahli terhadap penubuhan itu.
Ataupun, Perkasa boleh menarik Mahathir untuk menjadi ahli Perkasa agar penubuhan itu mendapat ahli Melayu yang ramai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment