Thursday, October 29, 2015
'Rampas' Limosin Dinaiki Rajinikanth, Syarikat Kereta Sewa Buat Laporan Polis
MELAKA : Aktor filem Tamil, Rajinikanth sedang berada di negara ini untuk
penggambaran filem Kabali dan keadaan menjadi 'hangat' sebaik sahaja
beliau tiba.
Bahang kepanasan itu turut dirasai seorang pemandu limosin yang berusia 25 tahun.
Pemandu dari syarikat kereta sewa yang berpusat di Petaling Jaya itu
telah diminta membawa bintang filem dari India itu ke sebuah hotel di
Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4 petang Isnin.
Seorang jurucakap syarikat itu berkata mereka telah menghantar sebuah
limosin dihiasi dengan pelekat 'Hello Kitty' untuk digunakan oleh
pelakon itu dari pukul 4 hingga 6 petang.
Tetapi, pelakon itu hanya tiba di KLIA pada pukul 6 petang dan pemandu
itu memberitahu individu tempatan yang mewakili bintang filem itu bahawa
dia terpaksa bergegas untuk mengambil VIP lain untuk pembukaan sebuah
restoran di Selangor.
Wakil tersebut bagaimanapun merampas telefon bimbit pemandu itu dan memaksanya supaya memandu ke Melaka, kata jurucakap itu.
Pemandu yang ketakutan itu hanya patuh kepada arahan.
"Kami cuba menghubungi pemandu kami tetapi telefon bimbitnya tidak
dijawab. Kami terdesak kerana terdapat satu lagi acara lain pada pukul 6
petang hari yang sama," kata jurucakap itu.
Jurucakap itu berkata, pemandu itu hanya menghubungi mereka sebaik sahaja tiba di Melaka pada pukul 8.20 malam.
"Syarikat kami berdepan kritikan daripada pelanggan kedua disebabkan isu ini."
Syarikat itu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu.
Pengerusi Sektor Swasta Melaka, Jawatankuasa Sumber Manusia dan NGO
Datuk MS Mahadevan, yang dilantik oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris
Haron bagi memudahkan penggambaran, berkata beliau juga mempunyai
pengalaman buruk berurusan dengan wakil-wakil tempatan berkenaan.
Mahadevan mendakwa sekumpulan 20 lelaki yang memakai baju-T mendakwa
mereka adalah pengawal peribadi pelakon itu telah mengasari petugas
media dan pembesar-pembesar negeri semasa 'superstar' itu membuat
lawatan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd
Khalil Yaakob, Selasa.
Mereka yang berada di pejabat Yang Dipertua Negeri semuanya dijemput
tetapi Mahadevan berkata mereka secara agresif ditolak oleh 'bodyguard
tak terlatih'.
Mahadevan kemudiannya memanggil penganjur tempatan, dan diberitahu
bahawa Rajinikanth sendiri meminta agar pengawal peribadi untuk tidak
mengawalnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment