Wednesday, October 28, 2015

Gagal Bayar Hutang? Ini Jawapan Dari 1MDB

Pihak pembangkang sering memutar belit fakta mengenai syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dengan mengatakan syarikat itu masih sarat dengan hutang dan masih tidak mampu membayar sebarang hutang tersebut.

Bagi menjawab tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak pembangkang, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy tampil menjawab semua tuduhan pihak pembangkang itu.

Arul berkata, 1MDB tidak pernah tidak membayar balik pinjamannya, sebaliknya 1MDB komited untuk melangsaikan segala hutang yang dimiliki syarikat itu.

Jelas Arul, sehingga 2015, 1MDB telah membayar balik pinjaman pokok termasuk faedah yang dikenakan dan akan segera menyelesaikan hutang berjumlah RM42 bilion itu .

"Kami secara konsisten menjelaskan bayaran faedah dan pinjaman pokok tepat pada masanya. Pada 2015, kami telah membayar pinjaman pokok dan faedah

"Sudah tentu kami mempunyai faedah untuk dibayar apabila tiba masanya," kata Arul.

Arul yang menjelaskan lebih lanjut agar semua pihak memahami bahawa 1MDB giat melangsaikan segala hutang yang ada dengan mengatakan, 1MDB telah membayar balik pinjaman RM2 bilion kepada satu konsortium bank tempatan dan berikutan itu telah menjelaskan kira-kira RM800 juta bayaran balik pinjaman pokok berkaitan hutang dengan bank tempatan lain pada Februari lalu.

Selain itu, 1MDB juga telah membayar balik RM3.6 bilion pinjaman bersindiket kepada satu konsortium bank asing diketuai Deutsche Bank pada Jun lalu.

"Pada tahun ini kami secara konsisten memenuhi pembayaran balik pinjaman pokok dan menjelaskan faedah ke atas hutang 1MDB," jelasnya.

Dalam masa sama, bagi melangsaikan hutang RM42 bilion itu, 1MDB kini memberi tumpuan kepada pelan rasionalisasi yang mempunyai 3 bahagian iaitu, jualan ekuiti 1MDB dalam syarikat tenaga, pertukaran ekuiti hutang 1MDB dan jualan ekuiti 1MDB dalam bandar Malaysia.

Presiden 1MDB itu berkata, pelan rasionalisasi itu merupakan elemen penting buat 1MDB kerana jika ia berjaya, hutang berjumlah RM42 bilion itu dapat diselesaikan.

"Ini adalah elemen penting bagi memastikan pelan rasionalisasi boleh berjaya. Kami sedang memenuhi pembayaran balik faedah dan pinjaman pokok dan kemudiannya kami akan mempunyai ruang untuk mencapai objektif ini," ujarnya.

Dengan kenyataan dari Presiden 1MDB ini, diharap rakyat tidak terpengaruh dengan tuduhan pemimpin pembangkang bahawa hutang RM42 bilion tidak mampu dibayar, sebaliknya hutang tersebut dalam proses pembayaran balik dan akan diselesai dalam masa terdekat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment