
Tuesday, November 03, 2015
Adakah Azmin Sudah Mendapat Signal?

SHAH ALAM : Adakah Situasi Politik di Selangor bakal menyaksikan
penukaran sekali lagi Menteri Besar ekoran pertembungan dasyat diantara
Parti DAP, PAS dan juga PKR.
Pertembungan ini semakin jelas apabila Pengerusi DAP Kajang Baru,
Chiong Yoke Kong dilaporkan menggesa kepimpinan tertinggi DAP memberi
tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari
pentadbiran kerajaan negeri itu dan Menteri Besar Selangor, Mohamed
Azmin Ali di dalam respon awalnya menganggap gesaan seorang perwakilan
DAP agar exco PAS digugurkan daripada kerajaan negeri bukan pendirian
rasmi DAP.
pertembungan itu timbul lagi hari ini apabila Ketua Whip Pkr Datuk
Johari Abdul di Parlimen hari ini mengeluarkan kenyataan agar Azmin Ali
perlu mendengar desakan Perwakilan Dap itu kerana ianya mungkin dibawa
oleh suara akar umbi. “Ini adalah luahan orang-orang tertentu yang
mungkin dia bawa daripada akar umbi…ada sekelompok manusia yang rasa
begitu,” katanya.
“Jadi, secara terbuka, menteri besar kena dengar. Sudah tentu ada
latar belakangnya, kenapa perwakilan DAP ini menyuarakan begitu. Adakah
ianya secara kelompok ataupun dia melihat secara dasar…secara total.
“Saya rasa ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tapi sudah
tentu kita kena dengar. Mungkin ada meritnya. Namun begitu, sebagai
pemimpin yang berjiwa besar, kita harus dengar,” ujarnya lagi.
Adakah signal telah diberikan oleh Johari Abdul agar Azmin memberikan
kata putus di dalam perkara ini atau dia berkemungkinan akan ditukarkan
kerana tidak menerima nasihat itu.
Kerusi Di Selangor kini menyaksikan PAS memiliki 15 kerusi namun
mengikut laporan 3 daripada jumlah itu kini menyertai parti Amanah , 15
Kerusi Dap , PKR memegang 13 manakala BN 12 dan Bebas 1 iaitu Adun
Pelabuhan Klang Khalid Ibrahim.
Jika kedudukan dan Pengaruh dari Parti Amanah turut mendesak untuk
Pkr memberikan jawapan segera mungkin riwayat Azmin Ali sebagai Menteri
Besar Selangor akan berakhir lebih awal sebelum Pru 14 atau Azmin akan
Membubarkan Dun sendiri lebih awal untuk menyingkirkan PAS dari dalam
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment