Tuesday, November 03, 2015

Adakah Tony Pua Layak Digelar Opera Cina...?

Sebaik sahaja Arul kanda membuat satu sidang media khas yang mendapat liputan meluas di semua media, tiba-tiba sahaja Tony Pua menukar syaratnya yang menunjukkan dirinya seperti bacul pula.

Kali ini, dia penuh yakin mendakwa program yang dicadangkannya itu bukan debat tetapi hanya “live talk show”. Dah la beri alasan yang nampak sangat bacul, ditambah pula dengan syarat hanya dia saja yang boleh bertanya soalan dan arul perlu menjawab setiap soalan.

Pada asalnya Tony Pua mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara langsung di televisyen dan mendakwa konon dia sedia untuk ‘memberikan lebih masa supaya Arul Kanda dapat menjawab setiap soalannya’.

Apabila Arul Kanda bersetuju, Tony Pua berdalih pula. Jelaslah, sebenarnya Tony Pua ini sememangnya penakut untuk berdebat dengan Arul Kanda yang diketahui merupakan bekas pembahas terbaik Maktab Tentera Diraja suatu ketika dahulu yang cukup bijak ‘mematahkan’ hujah lawan-lawannya selama ini.

Bayangkanlah jika Tony Pua kantoi dalam debat termasuk gagal jawab soalan cepumas daripada Arul Kanda, di manakah maruah dirinya selepas ini dan mungkin didesak untuk segera letak jawatan sebagai ahli Parlimen! 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment