Wednesday, November 11, 2015

Cina DAP Tak Boleh Terima Hakikat Bahawa Mereka Pendatang

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, sebelum ini mendakwa bahawa perkataan “pendatang” sepatutnya diharamkan dari digunakan dalam Bahasa. Ini kerana perkataan tersebut sensitif dan mampu mengguris hati kaun India dan Cina.

Menjawab kenyataan tersebut, Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif Raja Ali berkata, perkataan “pendatang” tersebut langsung tidak salah dari segi Bahasa. Namun apa yang membuatkan perkataan tersebut seperti merbahaya adalah cara penyampaian atau cara perkataan tersebut digunakan.

"Tidak ada apa salahnya dengan perkataan pendatang, cara penyampaian (perkataan) yang berbeza, itu yang salah," katanya.

Namun begitu, hakikatnya kita semua tidak boleh menafikan bahawa sememangnya fakta sejarah di negara kita kaum India dan Cina sememangnya berasal dari negara India dan China. So mereka memang tak boleh lari dari gelaran pendatang.

"Orang Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan adalah warganegara Malaysia, cuma kita kan belajar sejarah. Memang asal usul mereka tidak dapat dinafikan dari sana (negara China dan India).

"Bangladesh yang datang ke sini pun ada sejarahnya. Jangan nafikan hakikat sejarah," tegas Arif.

Subramaniam mungkin sedikit terpengaruh dengan desakan Cina DAP yang mahukan hak sama rata di negara yang “ditumpang” mereka. Kononnya desakan sama rata dibuat bagi menuntut bela nasib kaum mereka dan bagi menjaga hati.

“Ini perlu dikaji dengan sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan BN dan bersetuju bahawa ia tidak boleh dibiarkan lagi.

“Perkataan ini sepatutnya diharamkan. Orang India dan Cina yang dilabelkan orang luar telah berada di sini selama enam generasi," kata Subramanian.

Sedangkan anak angkat dalam keluar pun tidak mempunyai hak yang sama dengan anak kandung, inikan pula kaum yang suatu ketika dahulu hanya datang menetap di Malaysia. Mereka sepatutnya bersyukur dengan keselesaan yang orang Melayu beri sekarang ini..

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment