Tuesday, November 03, 2015

Guan Eng "PANAS HATI" Bila Umat Melayu Bersatu

Bak kata orang tua-tua dahulu jangan terlalu membenci nanti lama-lama jadi kawan, itulah yang berlaku sekarang ni kepada parti Pas dan NGO pendesak Melayu PERKASA. Jika dahulu mereka bagaikan kucing dengan anjing tapi sekarang ni bagaikan belangkas pula.

Sudah berbaik nampaknya, siap berpelukan mesra lagi tue haha. Baguslah kan… Tapi jangan disangka semua orang suka dengan kemesraan yang ditonjolkan Pas dan PERKASA. Rupa-rupanya dalam diam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ni cemburu haha!

"Dulu punya lawan (sekarang) jadi kawan, sampai boleh peluk-memeluk lagi, khususnya PERKASA (Datuk) Ibrahim Ali peluk sama peluk,” kata Guan Eng.

Kata Guan Eng kononnya sikap Pas dan PERKASA ni buat rakyat lain garu kepala dan kehairanan, sebab dulu musuh tapi sekarang kawan baik pulak. Kerjasama yang dijalinkan sekarang ni membuatkan pengundi bukan Islam berasa pelik.

Ehhh nak pelik apanya normal la mula-mula bertikam lidah lama kelamaan berbaik semula. Atau mungkin Guan Eng dan DAP tergugat kot noh haha!

"Bukan sahaja pengundi bukan Melayu geleng kepala, kawan-kawan dan orang Melayu pun tanya apa pasal.

“Bersama dengan NGO PERKASA ini macam asabiyah. Kawan-kawan berkata, asabiyah tidak dibenarkan dalam Islam,” katanya.

Alaaa…. Biar jela itu hak Pas, apa yang nak dihairankan DAP. DAP sengaja timbulkan pertanyaan tersebut kepada rakyat sebab nak bagi rakyat syak bukan-bukan dan terus membenci Pas.

Atau mungkin sebelum ni Guan Eng teringin nak peluk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang macam Ibrahim buat tue, sebab tu dia jeles sangat tue haha...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment