Monday, November 09, 2015

Harap Pemimpin PAS Jauhi Amalan ‘Lidah Bercabang’


Di ketika Ahmad Razif menyatakan kesediaan untuk menerima kehadiran Pas untuk membantu kerajaan, termasuk Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, mengapa di ketika telunjuk lurus Pas, tiba-tiba kelingking mereka pula berkait.

Ahmad Razif seorang pemimpin yang suka berterus-terang menyatakan, pelawaan Haji Hadi untuk membantu menjadi penasihat ke, pembantu ke, apa-apa sahajalah atas nama perpaduan Melayu dan Islam-  kepada pihak kerajaan negeri pimpinan Umno dan BN menerima dan disambut baik.

Tiba-tiba BuletinOnline semalam membelasah dan menyebar fitnah ke atas Ahmad Razif dan kerajaan pimpinan beliau, kononnya tamak haloba.

Persoalannya, apakah itu arahan Haji Hadi bagi menggagalkan semula usaha penyatuan kerana Hadi hanya mahu bersandiwara?

Pas hendak menuding kononnya orang lain rakus, tamak dan menyeleweng..dan Hadi Awang dalam suatu himpunan mereka di Dungun baru-baru ini berkata Umno berehatlah dahulu dengan beri kepada mereka pula memerintah Terengganu.

Maka tidak hairanlah, portal Buletin Online juga bersikap memfitnah berterusan kepada Umno Terengganu, kerajaan negeri dan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif kerana semacam ada persamaan sikap Hadi dan Buletin Online.

Tengok betapa tidak ikhlasnya Hadi Awang, sekali kata hendak bantu Umno, tetapi di pentas lain pula menghentam Umno dan mahu Umno ditamatkan riwayatnya dan diberi peluang Pas pula memerintah Terengganu.

Sebab itu bagi penulis, sejak dahulu lagi tidak pernah mempercayai Hadi Awang yang penulis kenal sejak 1982 lagi melalui Institut Berakan tempat penulis belajar semasa di peringkat menengah atas.

Percakapan dan kenyataannya tidak pernah ‘konsisten’ selalu berubah-ubah mengikut keadaan, inikah amalan seorang yang dikatakan Islamik?

Penulis berharap janganlah menuding jari kepada pemimpin Umno yang tamak- ekor bergelumang dengan tahu.

Penulis akan membuktikan siapa yang sebenarnya yang tamak semasa berkuasa…pemimpin Pas atau Umno? 


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment