Wednesday, November 11, 2015
Itulah Dikatakan Dengki.... PAS Yang Bergerak Kenapa PAN Yang Panas Hati?
Langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat
lebih terbuka dalam membicarakan hal kebajikan rakyat kini dilihat Parti
Amanah Rakyat (PAN) sebagai satu tindakan yang pelik dan bercanggahh
dengan idealogi pembangkang yang selama ini didukung oleh PAS.
Bagi kebanyakan pemimpin PAN, langkah yang diambil oleh Datuk Seri Abdul
Hadi ini dilihat sebagai langkah terdesak PAS dalam usaha mencari
sekutu politik bagi meneruskan survivor PAS dalam arus politik semasa.
Malah mereka juga tanpa segan silu mendakwa PAS kini lebih kemaruk kuasa
daripada memperjuangkan hal-hal rakyat, tidak seperti dahulu.
Dalam hal ini, Datuk Seri Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan
bahawa pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja
termasuk UMNO dan Barisan Nasional demi menjaga kebajikan dan hak-hak
rakyat. Ini selaras dengan perjuangan PAS sebelum ini yang mahu
kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.
Menariknya, PAN melihat ini sebagai satu helah politik PAS. Adakah salah
pada mata PAN melihat PAS bekerjasama dengan kerajaan hari iini demi
kebajikan rakyat? Adakah ini menjadi satu dosa bagi PAN melihat PAS kini
lebih cenderong kepada kerajaan demi mahu melihat rakyat kembali
bersatu dibawah satu bumbung Islam, Malaysia dan Melayu?
Dimata ramai pihak, PAN kini tidak ubah seperti orang suruhan DAP demi
memastikan DAP mampu berkuasa penuh di Malaysia. Ianya dilihat seperti
mengulangi semula pengkhianatan Othman Wok keatas orang Melayu di
Singapura. PAS sedar akan hal ini dan PAS bertindak menjunjung
kedaulatan Islam, Malaysia dan Melayu sama seperti apa yang diamalkan
oleh UMNO selama ini.
Atas sebab itulah, setiap tindakan yang dilakukan PAS hari ini lebih
mementingkan kebajikan rakyat dari menjaga hati sesetengah pihak seperti
yang diamalkan oleh PAN hari ini. Jadi, tiada sebab PAN mahu panas hati
dengan apa yang dilakukan PAS kerana PAS lebih memahami kehendak dan
kebajikan rakyat dari PAN yang bersikap tikam belakang terhadap bekas
parti induknya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment