KUALA LUMPUR : Kerajaan membuat pembayaran balik Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) sebanyak hampir RM5 bilion kepada syarikat setakat
ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
“Dakwaan mengatakan kerajaan tidak membayar balik adalah tidak benar,
malah, setakat ini bayaran balik yang dibuat adalah hampir RM5 bilion.
“Hanya syarikat yang tidak layak untuk bayaran balik, termasuk syarikat
yang tidak layak memohon bayaran balik GST, tapi masih menfailkan
tuntutan, tidak akan menerima apa-apa bayaran balik,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Dialog Meja Bulat Pasca Bajet 2016
Corporate Malaysia di sini, hari ini.
Chua berkata sejak pelaksanaan GST, kerajaan telah menolak tuntutan
bayaran balik bernilai kira-kira RM400 juta memandangkan terdapat banyak
kesilapan oleh syarikat yang membuat tuntutan berkenaan.
Beliau berkata Jabatan Kastam Diraja menjalankan tugas secara lebih
berhati-hati ketika memproses tuntutan bayaran balik untuk mengelak ia
dibuat kepada akaun yang salah.
Chua turut berkata bayaran balik GST dilaksanakan dalam tempoh 14
hari bekerja meningkat kepada 41 peratus sejak sistem percukaian itu
diperkenalkan pada 1 April, 2015, dan kerajaan menjangkakan peratusan
itu akan meningkat lagi.
“Malaysia meletakkan sasaran tinggi untuk mencapai sasaran
penyelesaian bayaran baik dalam tempoh 14 hari,” katanya, dengan
menambah, purata proses bayaran balik GST yang digunakan di negara lain
mengambil masa kira-kira 50 hari untuk diselesaikan.
Beliau berkata kerajaan mengalu-alukan pengamal perakaunan atau pihak
industri untuk mencari jalan bagi memperkukuhkan proses bayaran balik
bagi memenuhi sasaran 14 hari tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment