Monday, November 09, 2015

Lulus Projek Lebuh Raya, Azmin Jangan Hanya Salahkan Khalid... Aikk Sudah Jadi MB Selangor Buat Apa?


SHAH ALAM : Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sepatutnya memberi penjelasan terperinci tentang kelulusan pembinaan tiga lebuh raya kontroversi di Selangor bukannya hanya menuding jari kepada mantan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata daripada sibuk menyalahkan pihak lain, Azmin sewajarnya memilih untuk menerangkan keperluan pembinaan tiga lebuh raya kepada rakyat daripada terus bermain politik.

"Ini mungkin cara mudah untuk meredakan suasana kepada rakyat (konnya) bukan mereka (Azmin) yang memutuskan (kelulusan pembinaan lebuh raya), sebaliknya (diluluskan) ketika di waktu Khalid (memerintah). Ini adalah 'political reason' supaya melihat bahawa bukan mereka yang lakukan. 

"Sepatutnya tidak berlaku begitu. Azmin boleh beri penjelasan kepada rakyat mengapa ia dibuat (projek lebuh raya)," katanya hari ini.

Fuad yang juga pensyarah Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) senada dengan Khalid bahawa tindakan Azmin menuding jari kepadanya adalah sesuatu yang 'tidak matang dan tidak bertanggungjawab'.

PKR sebelum ini menuntut penjelasan daripada Azmin berhubung kelulusan pembinaan tiga projek itu. Ujar PKR, parti itu tidak dimaklumkan mengenainya terlebih dahulu.

Azmin kemudiannya bingkas menjawab bahawa projek itu diluluskan pada pemerintahan Khalid.

Tiga lebuh raya yang dimaksudkan itu ialah projek Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).

Khalid yang juga ADUN Ijok pada sidang DUN minggu lalu berkata menegaskan kelulusan yang dimaksudkan itu hanya persetujuan asas dan tertakluk kepada syarikat konsesi memenuhi segala syarat dan undang-undang yang ditetapkan.

"Walaupun ada persetujuan secara prinsip atau persetujuan bersyarat keperluan merancang satu sistem aliran trafik yang berkesan termasuk membina jajaran jalanraya lingkaran luar dan dalam Lembah Klang, pentadbiran saya tidak pernah sama sekali mengeluarkan perintah pembangunan atau "development order" bagi mana-mana projek (berkenaan).

"Persetujuan secara prinsip yang diberikan juga tertakluk pada hasil kajian penilaian kesan trafik, sosial dan alam sekitar bagi memastikan mana-mana projek lebuh raya bertol yang dicadangkan bakal memberi manfaat kepada rakyat, tidak membebankan rakyat atau memberi kesan negatif ke atas alam sekitar,” kata Khalid dalam satu kenyataannya, kelmarin.


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment