Wednesday, November 11, 2015

Mahathir Cakap Tak Serupa Bikin.. - Salleh Keruak

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebelum ini memberi cadangan kepada Mahkamah di negara ini supaya melihat kehidupan mewah yang diamalkan oleh pemimpin dan ahli politik sebagai bukti berlakunya rasuah di tempelak oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh yang menempelak Mahathir berkata, syor yang dicadangkan bekas perdana menteri itu kepada Mahkamah dilihat sebagai cadangan yang memakan diri kerana Mahathir serta keluarganya juga mengamalkan gaya hidup mewah.

Katanya, Mahathir dan keluarga jelas mengamalkan gaya hidup mewah dan kehidupan beliau serta anak-anaknya itu boleh diambil sebagai bukti rasuah sekiranya Mahathir mahu mahkamah mengambil gaya kehidupan seseorang itu.

Menurut Salleh, cadangan yang dibuat oleh Mahathir adalah tidak masuk akal apabila mahu mahkamah melihat cara kehidupan yang diamalkan pemimpin dan ahli poitik itu diambil sebagai bukti rasuah.

Tambah Salleh, cadangan yang dibuat Mahathir itu bercanggah dengan prinsip undang-undang di mana seseorang itu tidak dianggap bersalah sehinnga terbukti bersalah.

"Jika ini cara sistem undang-undang baru itu dikuatkuasakan, Mahathir sendiri tidak akan selamat berdasarkan gaya hidup mewah keluarganya sendiri yang perlu dibuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan rasuah atau tidak akan dihumban ke penjara," kata Salleh Keruak.

Jika Mahathir mahu mahkamah mengambil cadangan untuk dilaksanakan, orang pertama yang mahkamah perlu ambil tindakan adalah terhadap Mahathir dan keluarganya.

Perkara ini jelas apabila kehidupan anak-anaknya yang begitu mewah dapat dikecapi dalam masa yang sebegitu singkat. Walhal, jika mahu membina kehidupan yang mewah ianya mengambil masa yang agak lama, tetapi tidak buat anak-anak Mahathir.

Oeh itu, cadangan Mahathir yang kononnya mahu mahkamah mengambil tindakan terhadap pemimpin dan ahli politik yang tidak disukainya dilihat memakan dirinya sendiri apabila anak-anaknya sendiri mengamalkan hidup mewah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment