Tuesday, November 03, 2015
Melayu Kita Perlu Sedarlah.... DAP Guna Pendekatan Anti-Islam, Anti-Melayu : Dr Zuhdi
BANGI : Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat parti rasis dan
cauvinis DAP mengamalkan pendekatan anti-Islam dan anti-Melayu bagi
memaksimumkan kemenangan calon bukan Islam untuk menguasai Malaysia.
Pengarahnya, Dr Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan hari ini berkata, DAP
masih mengamalkan pendekatan yang sama ketika berada dalam pakatan
rakyat dengan menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati
institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam, mengobarkan sentimen
anti-Melayu dan lain-lain.
“PPP melihat strategi ini adalah untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam.
“Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting
untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk
menyempurnakan hasrat mereka.
“PPP yakin bukan sahaja pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah
pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor
DAP ini,” katanya.
Ketika mengulas desakan parti rasis itu kepada Menteri Besar Selangor,
Azmin Ali supaya menyingkirkan Exco PAS, Dr Zuhdi berkata pimpinan DAP
makin menyerlahkan kerakusan mereka untuk menawan Putrajaya dengan
menunggangi parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dan beberapa
individu Melayu yang menyertai DAP.
“Tindakan DAP mengisytiharkan keputusan mereka untuk bertanding di
kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor jelas membelakangkan PAN
yang diyakini mempunyai keinginan bertanding di kerusi yang sama.
“Jelas sekali DAP kini cuba memperbudak-budakkan parti-parti lain dalam PH,” katanya.
Dr Zuhdi turut menasihatkan DAP menerima realiti akar umbi sejarah,
latar belakang budaya dan susur galur nilai yang telah membentuk
struktur sosial dan tatacara politik Malaysia untuk menjamin keharmonian
masyarakat dan kestabilan politik dalam negara ini.
“Kerakusan DAP membelakangkan faktor-faktor keharmonian dan kestabilan
itu lambat laun akan disedari oleh rakyat termasuk kaum Cina, justeru
PPP berkeyakinan rakyat akan menolak DAP dalam pilihan raya umum akan
datang,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment