Wednesday, November 11, 2015

Sanggupkah Menteri Kesihatan Berdepan Dengan SEJUTA Pengguna Vape?

Rokok memang sudah difatwakan Haram dan disahkan memudaratkan kesihatan, tapi kenapa Kementerian Kesihatan lebih sibuk nak hapuskan Vape diatas alasan penyalahgunaan nikotin?

Apakah rokok tak mengandungi nikotin? Adakah Kementerian Kesihatan terutama Menterinya "buta kayu" tentang racun serta mudarat rokok yang sepatutnya mereka benteras penjualan serta pengambilannya dikalangan rakyat?

Rokok sudah diketahui umum mengandungi 4000 bahan kimia termasuklah nikotin.., tetapi rokok masih dibiarkan dijual secara bebas kerana membayar cukai kepada kerajaan.

Vape pula hanya mengandungi nikotin diserang secara besar-besaran. Mengapa begitu?? Akta Racun??? Apakah Rokok tidak beracun??? Kenapa Rokok tak dirampas oleh Kementerian Kesihatan sepertimana cecair Vape??

Adakah hanya kerana Vape tidak dikenakan cukai serta popular dikalangan orang muda, maka Vape dijadikan mangsa serangan bertali arus dari "haters" diseluruh negara? Terfikir pulak.., apakah Kementerian Kesihatan lebih suka rakyat Malaysia merokok?

Didalam hal serbuan dan tindakan merampas cecair vape oleh Pegawai Kementerian Kesihatan, ada yang mendakwa ianya tak diarahkan oleh kerajaan dan juga pihak Kementerian, sebaliknya Pegawai Kementerian mendapat arahan terus dari Menteri berkenaan. Benarkah dakwaan tersebut?

Apapun, pujian harus diberikan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, DS Dr Hilmi Yahaya yang menggesa penjual Vape diberikan masa untuk menjalankan perniagaan secara sah. Dr Hilmi juga tak bersetuju dengan tindakan drastik merampas semua cecair Vape.

Berbanding dengan tindakan Subramaniam yang mengarahkan semua cecair vape dirampas di seluruh negara, gesaan Dr Hilmi dilihat sangat bertentangan. Ini menunjukkan bahawa serangan terhadap peniaga Vape sebenarnya tidak dilakukan secara sebulat suara di pihak Kementerian.

Tak hairanlah jika ada yang mendakwa Menteri Kesihatan menerima tekanan dari pihak-pihak tertentu didalam isu vape ini. Sanggupkah Subramaniam berdepan dengan sejuta pengguna vape di seluruh negara?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment