Monday, November 09, 2015
Takut Amat Sangatlah Tu.... Ultra Kiasu Semakin Gila Apabila PAS Sokong BN
BANGI : Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata puak ultra kiasu menjadi semakin ‘gila’ apabila melihat Pas mengeluarkan kenyataan tidak menyokong menolak Bajet 2016, bahkan bersedia menjadi penasihat kepada Barisan Nasional (BN).
“Mereka mempersoalkan sejak bila Pas menjadi pakar? Apatah lagi pakar ekonomi? Rupanya selama ini mereka memandang rendah kepada Pas, parti pak lebai dan berserban?
“Tidakkah mereka tahu dalam Pas, selain lebai, Pas tidak kurang profesional, pakar ekonomi, kewangan, nuklear dan lain-lain.
“Pas bukan seperti dahulu, meskipun segelintir profesional telah keluar Pas membentuk Parti Amanah Negara (Amanah). Pas bukan seperti Amanah, Pas ada pendirian, bukan lembu dicucuk hidung. Kematangan Pas berpolitik cukup lama berbanding Amanah,” katanya dalam tulisan terbaru berjudul ‘Siapa lebih jantan? dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, hakikatnya Pas sudah nampak kebobrokan ultra kiasu, berbanding Amanah.
“Amanah sangat percayakan ultra kiasu, sehingga sanggup ‘membunuh’ saudara sendiri, meskipun sebangsa dan seagama.
“Siapakah yang akan menolong mereka nanti, kalau bukan Umno atau Pas? Lihatlah realiti yang ada, antara sektor swasta dan sektor awam,” katanya.
Selain itu Ustaz Ridhuan Tee yang merupakan Pensyarah Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam di UniSZA berkata, puak ultra kiasu juga kini dilihat hilang kejantanan apabila hanya menawarkan diri sebagai moderator dalam debat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pada awalnya, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua DAP mencabar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda untuk berdebat. Namun kemudiannya, beliau hanya mahu menjadi moderator dan sesi soal jawab sahaja.
Sindir Ridhuan Tee, ultra kiasu selama ini berlagak seperti anak jantan, tiba-tiba hilang kejantanannya apabila cabaran berdebat disahut.
“Tidak semena-mena mahu menjadi moderator pula, hanya mahu bertanyakan soalan. Sekadar moderator, serahkan pada saya sahaja. Tidak perlu bersusah payah.
“Bertindaklah seperti anak jantan. Sahut cabaran yang dilontarkan. Janganlah kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Jika saya menjadi ultra kiasu, saya akan sahut cabaran tokoh tersebut walaupun pencabarnya seorang pendebat. Tidak semestinya pendebat itu hebat.
“Berani kerana benar, takut kerana salah. Dalam perdebatan sebegini, apa yang dinilai bukan lagi athos, pathos dan logosnya, tetapi hujah dan fakta. Tidak perlu dikorek latar belakang seseorang. Lagipun yang akan mengadili bukan pendebat, tetapi rakyat yang penonton. Kalau tidak mampu berhadapan, tidak perlu mencabar,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment