Thursday, September 03, 2015

Anwar Mahu PAS Bersama Pakatan Pembangkang

Walaupun serpihan pemimpin Pas yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atau nama barunya Parti Amanah Negara (Amanah), Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu Pas bersama gabungan pakatan itu.

Menurut bekas ketua pembangkang itu, walaupun Amanah ditubuhkan bagi menggantikan posisi Pas dalam pakatan pembangkang, beliau berharap Amanah dapat mengukuhkan lagi pakatan pembangkang bersama PKR,Pas dan DAP.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun berkata, dengan penubuhan sebuah parti yang baru jelas menunjukkan ia sebagai satu politik yang matang dalam pakatan pembangkang untuk membawa perubahan kepada rakyat.

Anwar berkata, pakatan pembangkang masih memerlukan Pas walaupun DAP dan parti Islam itu telah memutuskan tahaluf siyasi, namun demi rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN, tetap akan berjuang bersama.

"Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi poltik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik.

"Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional bersama PKR, Pas,DAP dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama," kata Anwar.

Anwar berkata, fokus pakatan pembangkang kini adalah untuk memberikan rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik.

Adakah DAP akan memutuskan hubungan dengan PKR, selepas Anwar mengatakan pakatan tetap bersama Pas untuk gabungan pakatan pembangkang yang baru itu??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment