Thursday, September 03, 2015

BERSIH Mahu Saman Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Jawatankuasa pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini mengatakan mereka dalam proses pertimbangan untuk memfailkan saman terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Haimidi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengalang pehimpunan Bersih 4 diadakan.

Menurut mereka, perhimpunan yang diadakan Bersih sering dihalang oleh Zahid dengan mengatakan Bersih melakukan perhimpunan haram kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Selain itu, Bersih turut mendakwa Zahid telah mengarahkan SKMM untuk menyekat akses ke laman sesawang Bersih yang kononnya hangat mempromosikan perhimpunan itu.

Bersih juga mendakwa, menteri dalam negeri itu telah mengeluarkan arahan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang melarang masyarakat untuk berpakaian berwarna kuning dan mengandungi perkataan 'Bersih 4' dan apa-apa bahan bercetak lain dibawa ke perhimpunan itu.

Dengan arahan yang dikeluarkan oleh Zahid, mereka sebulat suara mengatakan arahan itu berniat jahat dan Zahid telah menyalahgunakan kuasa yang disandangnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Kedua-dua tindakan SKMM dan menteri dalam negeri itu dibuat dengan niat jahat. Mereka menyalahgunakan kuasa mereka dan mengharamkan kebebasan bersuara jutaan rakyat Malaysia yang merupakan hak yang sah, dijamin di bawah Perlembagaan Perseketuan," kata Jawatankuasa pemandu Bersih.

Sedap betul Bersih menuduh Timbalan perdana menteri dan SKMM yang telah menjalankan tugas mereka dengan mengatakan mereka melakukan kerja-kerja ini atas niat yang jahat.

Kalau begitu yang dikatakan Bersih, adakah Bersih ini terlalu baik mulianya sehingga sanggup mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain di ibu kota yang mereka adakan pada 29 dan 30 Ogos lalu??

Bukan itu sahaja, habis pokok-pokok bunga yang ditanam oleh DBKL bagi mengindahkan pemandangan ibu kota dirosakkan oleh peserta-peserta Bersih ini. Adakah itu satu kerja yang berniat baik oleh Bersih??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment