Wednesday, September 02, 2015
#BERSIH4: Kenapa Hanya Mahathir Bukan Azmin Ali?
Tindakan Ketua Polis Negara mengumumkan akan
mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4 bukanlah sesuatu yang luar biasa
kerana terdapat bukti dan fakta jelas kehadirannya.
Namun ramai yang tertanya-tanya apakah Menteri Besar Selangor, Azmin
Ali, telah dipanggil memberi keterangan memandangkan beliau hadir dengan
pakaian rasmi perhimpunan haram tersebut.
Isnin lalu, PeneranganPemudaSEREMBAN melaporkan
Azmin Ali, bakal disiasat polis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana menghadiri
perhimpunan haram BERSIH 4.
Namun sehingga hari ini, Polis belum memberi apa-apa notis untuk mengambil sebarang keterangan Menteri Besar Selangor tersebut.
Soalnya, jika Tun Mahathir boleh disiasat hanya kerana hadir
seketika, mengapa Azmin tidak disiasat memandangkan beliau
terang-terangan melanggar undang-undang?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment