Wednesday, September 02, 2015
“Surat Tan Sri Syed Mokhtar” Dari Tulisan Amin Yatim
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menafikan beliau
merupakan penulis “Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan
Najib Razak” yang tersebar luar sejak beberapa hari lalu.
Pihak PeneranganPemudaSEREMBAN boleh mengesahkan bahawa artikel tersebut bukan tulisan
Syed Mokhtar kerana ia pernah disiarkan oleh laman ini. Beberapa minggu
lalu, PeneranganPemudaSEREMBAN ada menyiarkan e-mel pembaca yang menggunakan nama pena Amin
Yatim, bertajuk "Warkah Buat Rakyat Malaysia : Najib Razak Umpama Kain Buruk, Kita Sedang Memusnahkan Negara Sendiri" yang antara lain menyenaraikan pencapaian Najib Razak membangunkan negara selama 6 tahun ini.
Namun artikel tersebut muncul semula sejak minggu lalu menggunakan
nama tokoh perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. “Luahan
Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak” yang tersebar
tersebut 99% serupa dengan emel yang kami terima dari Amin Yatim.
Bagaimanapun rata-rata penerima artikel terbabit sebenarnya menerima
baik fakta-fakta yang diberikan oleh “Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary”
dan menganggapnya satu tulisan yang berani memandangkan hubungan baik
beliau dengan Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment