Wednesday, September 02, 2015
DAP Racuni Minda Kaum Cina Benci Kerajaan
KUALA LUMPUR : Racun-racun kebencian terhadap kerajaan yang
ditanam oleh DAP ke dalam minda masyarakat Cina di negara ini akan
membawa kepada kejatuhan kaum berkenaan.
Menurut seorang penulis dalam kolum portal malaysia-today.net, Cheah Sin
Chong, kebanyakan masyarakat Cina yang menyokong DAP gagal berfikir
secara rasional berikutan cara hidup yang dimanjakan ketika dibesarkan.
“Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta
meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini
dan mengutuk kerajaan. Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan
perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta
membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang
banyak.
“Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja
sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga
yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh
pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan,” katanya dalam laman
portal berkenaan.
Menurut Sin Chong, beliau berpendapat kebanyakan ibu bapa masyarakat
Cina yang berusia antara 20 dan 40 tahun akan mengeluh terhadap semua
perkara kecil dan hanya membaca berita-berita propaganda daripada DAP.
“Semasa zaman mendiang mak saya, tiada benda seperti susu import, tiada
gas memasak dan saya sempat melihat dia memasak menggunakan arang dan
kayu. Dia akan berpeluh untuk menyalakan arang, dia juga akan sembelih
ayam. Kamu dapat bayangkan bagaimana susah keadaan hidupnya ketika kecil
tetapi dia dapat hidup sehingga umur 90 tahun,” katanya.
Untuk sambutan kemerdekaan tahun ini, kata Sin Chong, beliau merasakan
keperluan yang amat sangat untuk meletakkan Jalur Gemilang di hadapan
rumahnya.
“Saya fikir perlu melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada anak saya
gambaran apa yang dikatakan patriotik, sama ada mereka akan mengikutnya
adalah perkara individu tetapi sekurang-kurang saya tahu saya telah
melakukan perkara yang betul,” katanya.
Dalam penulisan itu, Sin Chong turut berkongsi kisah mengenai seorang
suami terpaksa membawa isterinya ke luar negara semata-mata tidak mahu
isterinya terbabit dalam perhimpunan haram Bersih 4.0.
“Wanita Cina yang mempunyai jutaan ringgit ini mahu menyertai Bersih
4.0. Dia memiliki berdozen rangkaian francais. Di sebalik memperoleh
keuntungan disebabkan keamanan dan kestabilan negara dan walaupun beliau
seorang yang bijak, bermasyarakat dan banyak mengembara, wanita ini
gagal membezakan antara semangat patriotik, kesetiaan dengan pandangan
politik,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment